Susulan tular dakwaan seorang pelanggan mengenai mee tongek yang dibeli dari Bazar Putrajaya dicemari ulat, Perbadanan Putrajaya (PPj) terus datang ke lokasi dan mengeluarkan notis amaran terhadap gerai tersebut.
Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Mohd Helmi Abdul Hamid berkata, notis itu dikeluarkan di bawah UUK 30 (1)(c), Undang-Undangg Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 selepas pihaknya turun membuat pemantauan dan pemeriksaan mendapati pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih.
Sementara itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga melakukan siasatan dan mendapati gerai tersebut tidak bersih, diarahkan tutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Berdasarkan notis perintah tutup yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, gerai tersebut diarahkan tutup bermula 15 April sehingga 29 April 2022 sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Selain itu, kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja gerai tersebut yang didapati tidak mengambil suntikan antifiod. Tiga sampel turut diambil dari gerai itu bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing.
@miditfx Bulan puasa ni pening. Mana satu betul #meetonggek #fy #fyp #fypシ #bazarramadan #putrajaya ♬ bunyi asal - FETiH - 𝕸𝕬𝖄1̷9̷9̷9̷
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati peniaga itu memiliki premis makanan di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar Ramadan Putrajaya.
Mana-mana peniaga makanan yang didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Perbadanan Putrajaya, Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/kJIzSrc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment