Home » , » Face Mask bukan perubatan perlu tanda Sirim mulai 4 Julai, jika ingkar boleh didenda atau penjara

Face Mask bukan perubatan perlu tanda Sirim mulai 4 Julai, jika ingkar boleh didenda atau penjara

shamsulazlan | 09:22 | 0 comments



Berkuat kuasa 4 Julai 2022, pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna yang menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.


Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ini telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April 2022.




KPDNHEP berkata, langkah itu diambil bagi memastikan pelitup muka bukan perubatan sama ada dihasilkan atau diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan. 


"Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan," katanya. 


Bagi pengilang atau pengimport yang ingkar dengan perintah itu boleh menyebabkan syarikat didenda sehingga RM200,000 atau RM500,000 bagi kesalahan kali kedua. 


Sementara itu bagi kategori individu pula, mereka boleh didenda RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 


Jika individu berkenaan melakukan kesalahan kali kedua, mereka boleh didenda RM250,000 atau penjara lima athun atau kedua-duanya sekali. 




Sementara itu di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi berhubung penguatkuasaan peraturan baharu itu. 


"Sudahlah medical mask mahal. Lagi nak denda. Anak sekolah 20 hari, tukar 20 kali. Kalau dua anak, dah 40 keping mask. Itu belum tukar satu hari dua tiga kali sebab rosak atau kotor. Satu kotak kadang-kadang tak sampai satu bulan kot tahan," luah Kak Hani. 


"Tak kisah kalau adanya SIRIM itu akan lari kumannya. Rakyat tengah susah,tak perlulah membebankan lagi. Yang sedia ada ni pun dah mahal buat orang yang ramai anak dan tak berkemampuan. Negara kita bukan semua rakyatnya golongan T20. Kebanyakanny B40 dan asnaf. Covid ni ada yang kematian ketua keluarga, ada yang kehilangan kedua-duanya lagi. Denda pula tak agak-agak RM100,000. sampai kiamat pun belum tentu habis bayar," kata Zue. 


"Kerajaan negara lain, mansuhkan peraturan/undang-undang Covid. Sementara itu, Kerajaan Malaysia bagaikan mengambil peluang menjana wang daripada wabak Covid," kata Josh D.


Bagi Ong Chin Onn pula berpendapat, tindakan itu bukan sahaja bakal membebankan rakyat, malah menyekat kebebasan rakyat dari memilih menggunakan pelitup muka yang tidak diluluskan oleh SIRIM. Ong turut berkongsi jadual pemprosesan fi pensijilan produk seperti berikut:



Justeru, rakyat menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan peraturan baharu itu dari dari membebankan rakyat dan tampil memberi penjelasan lebih terperinci sekiranya peraturan itu membabitkan pengguna. 


Sumber: Facebook KPDNHEP, Utusan Malaysia, Twitter Netizen




from The Reporter https://ift.tt/lX5hmKj
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger