Tular di media sosial dakwaan seorang pengguna Twitter mengenai kanak-kanak atau remaja di Malaysia kini lebih kerap menggunakan Bahasa Indonesia berbanding Bahasa Melayu dalam percakapan seharian.
Menurut Hanif Ahmad Fauzi, perkara itu berdasarkan pemerhatiannya pada status Facebook rakyat Malaysia yang mengataka 10 tahun akan datang, dua golongan berkenaan akan menggunakan bahasa negara jiran sebagai bahasa utama.
"Fakta menariknya adalah, kini lebih banyak anak muda di Malaysia yang menggunakan Bahasa Indonesia daripada pemuda Indonesia pakai Bahasa Melayu (versi Malaysia). Sampai orang tua di sana ketar-ketir pun, haha," tulis Hanif.
Isu melibatkan Bahasa Melayu ini mula dibangkitkan di media sosial selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN. Tetapi cadangannya itu ditentang oleh Indonesia atas alasan Bahasa Indonesia lebih banyak dipertuturkan berbanding Bahasa Melayu.
Sementara itu, dakwaan golongan kanak-kanak dan remaja gemar menggunakan Bahasa Indonesia dalam percakapan seharian tidak dinafikan oleh ibu bapa kerana dua golongan tersebut terdedah dengan video hiburan di laman YouTube.
"Anak buah saya dua orang terpengaruh dengan YouTuber Indonesia. Diorang ni tiada bapak dari kecil. Sekarang disuruhnya mak diorang mencari suami baru dari Indonesia. Bertuah punhya budak. Dia nak bapa baru diorang orang dari Indonesia. Diorang minta-minta macam minta ayam goreng. Astaga, kenapa anak-anak sekarang," kata Claudia.
"Anak aku baru berumur lima tahun. Kalau penat, dia cakap 'Mama, Rizqi capek'. Anak buah sama umur dengan dia kata janggut, jadi jenggot. Kadang-kadang diorang minta nak permen. SI opah tak faham apa, hanya mampu Google je setiap perkataan sebab diorang berdua tu persis anak orang Indonesia," kata Rau.
"Anak saya jatuh, saya tanya macam mana boleh terjatuh. Dia kata, 'Saya kabur, lepas tu ditabrak'. Itik pun sekarang dia panggil bebek," kata Jelly.
Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat perkara ini berlaku disebabkan ibu bapa kerap membiarkan anak-anak melayani media sosial sehingga terlupa akan bahasa kebangsaan sendiri.
"Semua terjadi sebab ibu bapa yang kerap bagi gajet pada anak, membiarkan anak menonton video di YouTube saluran negara jiran tanpa sebarang kawalan. Akibatnya anak belajar bahasa mereka termasuk perkataan lucah, maki dan sewaktu dengannya. Ada yang kecil-kecil sudah pandai memaki hamun dalam Bahasa Indonesia, jangan ingat hal sebegini lucu ye." kata Fakhri.
Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan dengan kami di Facebook atau Instagram The Reporter.
from The Reporter https://ift.tt/2JBHWFi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment