'Muhammad Sajjad mungkin berada di luar negara' - Polis

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan bahawa pihak polis Selangor tidak pernah berhenti mengesan lokasi sebenar lelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.  Beliau berkata, lelaki itu kini berkemungkinan berada di luar negara dan pihaknya masih menjalankan pemantauan.  "Jika tidak silap saya, telah dinyatakan yang dia berada di luar negara. Ada berita nyatakan dia ada di luar negara....

Remaja sambut kelahiran bayi teman wanitanya, kemudian dibuang & dibiarkan mati dalam semak

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments
Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya masing-masing berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai membuang bayi, susulan penemuan mayat bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas, Isnin lalu, 29 Mac 2021.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi berkenaan hasil hubungan sulitnya bersama teman lelaki pada Januari 2020 sebelum disahkan hamil.  Remaja...

'Dia mati secara perlahan & menyakitkan' - 2 remaja belasah gelandangan sampai mati sebab enggan beri duit untuk beli gula-gula

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments
Dua remaja lelaki didakwa membelasah seorang gelandangan sehingga mati selepas enggan menyerahkan wang kepada suspek yang mahu meminta wang untuk membeli gula-gula.  Suspek berusia 12 dan 13 tahun itu dipercayai membelasah Petr Balika selama beberapa jam selepas berjaya mengumpannya ke sebuah lokasi terpenci di Izmail, Ukraine. Ketika disoal siasat, salah seorang suspek mengaku melakukan jenayah itu. Sebelum kejadian, mereka bertemu dengan...

6 operator kilang palsukan MC dihadapkan ke mahkamah, 3 lelaki mengaku bersalah, 3 wanita mengaku tak bersalah

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments
Gara-gara memalsukan sijil cuti sakit, enam operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 29 Mac 2021 atas kesalahan yang dilakukan pada Oktober 2020 hingga Februari 2021.  Tiga tertuduh iaitu, Mohamad Hafizi Zainuddin, 29, Muhammad Zulhakimi Masdi, 23, dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, manakala Nur Farah Amira Alisham, 21, Nurul Izzah Abdul Razak, 21 dan Marsya Fatini Mohd Rani, 20 mengaku...

Gagal kawal nafsu, rider cabul remaja wanita di Kota Bharu dipenjara setahun

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments
Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang lelaki berusia 52 tahun atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 25 Mac 2021.  Tertuduh, Amran Abdullah, yang bekerja sebagai buruh di sebuah kedai besi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan,...

(Video) 'Kau ada hormat tokey? Kau sebut C**ai kat bini tokey kan?!' - Pekerja disepak & ditampar sebab tinggikan suara pada bini tokey

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments
Video seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dibelasah tanpa belas kasihan, viral di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi netizen.  Video pertama berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, mangsa duduk di satu sudut dalam keadaan mukanya lebam akibat dipukul oleh salah seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.  Berdasarkan video, suspek pertama bertanya adakah dia menunjukkan rasa hormatnya kepada majikannya sebelum...

Lelaki dipenjara 2 tahun kerana ugut bunuh kakak tak masak nasi selepas dia bangun dari tidur

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments
Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021.  Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyme Rosli.  Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh...

Bekas koperal bunuh anak tiri dihukum gantung sampai mati, sempat pesan pada keluarga 'Jaga anak abang baik-baik'

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments
Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lalu. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Sejurus...

'Uinahh! Sampai patah 7 batang gigi' - Lelaki dibelasah sebab tegur pemandu sebelah tak beri isyarat ketika masuk ke lorong laju

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments
Gara-gara menegur pemandu lain yang tidak memberikan isyarat ketika masuk ke lorong laju, seorang lelaki berusia 21 tahun dibelasah sehingga mengalami kecederaan teruk.  Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin, 29 Mac 2021 jam 10 malam  di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, mangsa yang memandu Honda S660 sebelum itu berselisih dengan Perodua Alza.  Sebaik tiba di persimpangan...

'Elok dipijak je diorg ni' - Ibu 3 anak ditangkap. disyaki berkhalwat dengan lelaki lain ketika suaminya di penjara

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments
Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan seorang wanita yang masih berstatuskan isteri orang kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat pasangan itu.  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, bertindak di atas aduan itu, sepasukan anggota penguat kuasa JAIK diarahkan membuat serbuan ke rumah sewa yang beralamat di Sintok,...

(Video) 'Kau tak gentle pakai helmet, kalau berani tangan kosong!' - 2 penunggang motosikal bergaduh sambil sembang sampai babi boleh terbang

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments
Viral di media sosial video pergaduhan yang melibatkan dua penunggang motosikal yang tidak diketahui punca sebenar kejadian.  Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Kota Damansara dan video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan salah seorang lelaki yang berbaju hijau sedang dihalang oleh orang awam dari terus menghampiri penunggang motosikal yang menjadi seterunya.  Juga kedengaran salah seorang lelaki menyebut dia merupakan...

'Mereka pergi Langkawi atas urusan kerja' - Polis sahkan Neelofa & Haris bukan pergi berbulan madu

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments
Dakwaan yang mengatakan pasangan selebriti, Neelofa dan Haris yang baru saja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu dikatakan telah pergi berbulan madu di Langkawi, Kedah, baru-baru ini adalah tidak benar. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pasangan itu bersama tiga yang lain telah diberi kebenaran untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja, bukannya untuk berbulan madu.  Mereka dibenarkan...

(Video) 'Allahu seramnya! Camne dia masuk?!' - Aircond Man terjatuh, terkejut gara-gara terjumpa 7 ekor ular dalam aircond di rumah pelanggan

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments
"Macam mana dia boleh masuk sana?!" demikian reaksi netizen yang terkejut dengan perkongsian dari penyelenggara penyaman udara mengenai penemuan beberapa ekor ular yang menjadikan penyaman udara pelanggannya sebagai sarang.  Video dan gambar yang dikongsikan itu di Facebook Group Geng Aircond 1 Malaysia, mengundang banyak respon netizen di media sosial.  Menurut sumber, sebanyak tujuh ekor ular ditemui dalam alat penyaman udara itu...

Suami tikam lelaki yang merogol isterinya, sehingga mati menggunakan pisau yang dibawa mangsa

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments
Seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kabupaten Musirawas Sumatera Selatan, Indonesia, nekad membunuh seorang lelaki berusia 31 tahun dengan senjata tajam pada 28 Mac 2021.  Mnurut sumber, suspek membunuh mangsa kerana kesal dan berang  ekoran mangsa telah memperkosa isterinya serta tidak pernah tampil memohon maaf.  Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan cuba melanggar suspek menggunakan motosikal...

(5 Foto) 'Badan sado bertatu acah gengster tapi mengunyit!' - Pusat Urut Geng Kunyit ditutup

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments
Sebuah premis yang menjalankan aktiviti songsang (gay) di sebalik perkhidmatan mengurut tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, telah ditutup dan disita.  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan operasi tindakan khas terhadap premis haram itu pada petang Isnin, 29 Mac 2021.  Berdasarkan siasatan dan risikan, aktiviti tidak bermoral (urutan gay) itu dilakukan di tingkat...

'Dah tua pun main cinta lagi ka?' - Tak puas hati kena reject, warga emas bakar motosikal wanita yang dicintainya

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments
Seorang lelaki berusia 68 tahun tidak berpuas hati cintanya bertepuk sebelah tangan, bertindak membakar motosikal seorang wanita yang menyebabkan empat lagi motosikal lain turut terbakar.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Macallum, Pulau Pinang pada Ahad, 28 Mac 2021 dan suspek telah berjaya ditahan polis di kediamannya di Lebuh Cecil pada jam 1 pagi Selasa.  Siasatan...

'Bawak pengantin baru pusing Langkawi' - Tweet viral cetus persoalan netizen, dah boleh rentas negeri?

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments
Belum reda isu pelanggaran SOP dan tiada penjarakan fizikal ketika menganjurkan majlis pernikahan, pasangan selebriti yang baru mendirikan rumahtangga, Neelofa dan Haris Ismail, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial setelah viral gambar yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi.  Beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan itu berada di sebuah lapangan terbang, dipercayai di Langkawi, Kedah.  Memetik laporan...

'Suami saya tak cemburu pun' - Isteri upah orang asing untuk dipeluk RM331 sejam, kerana kesepian berjauhan dari suami

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments
Seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga mendedahkan dia membayar 'orang asing' untuk memeluknya dan suaminya tidak kisah dengan hal itu.  Saskia mula menggunakan khidmat Cuddlist, perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu mengupah 'pemeluk' profesional, selepas dia berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.  Perpindahannya itu menyebabkan dia berjauhan dari suaminya, Arthur, bagi tempoh masa yang lama....

(Video) 'Apa barang pukul curi dey!' - Polis buru sekumpulan lelaki bergaduh di hospital swasta di Klang

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments
Sekumpulan lelaki yang bergaduh di perkarangan sebuah hospital swasta di Klang baru-baru ini, sedang dikesan dan diburu polis.  Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, video kejadian berdurasi 40 saat itu viral di media sosial menunjukkan beberapa lelaki termasuk warga Afrika berkumpul di lokasi kejadian.  Salah seorang lelaki yang tidak berbaju dilihat sedang bercakap dengan seorang lelaki India yang...

Fesyen Show didapati langgar SOP + tiada penjarakan fizikal, polis akan panggil penganjur walaupun dah mohon maaf

shamsulazlan | 08:28 | 0 comments
Minggu lalu, viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah pertunjukan fesyen yang diadakan di Damansara Perdana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.  Hal itu dibangkitkan berdasarkan pemerhatian dalam video jelas sekali menunjukkan ada tetamu yang tidak memakai pelitup muka, malah tiada penjarakan fizikal.  Turut viral...
Pages (17)1234567 Next
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger