Seorang wanita berusia 20 tahun di India memfailkan tuntutan cerai dari suaminya kerana lelaki itu berbau busuk kerana dia hanya mandi sekali sahaja dalam tempoh 10 hari.
Soni Devi memfailkan permohonan cerai itu dari suaminya, Manish Ram, kerana lelaki itu tidak menjaga kebersihan diri dan tidak pandai menjaga adab.
Bagi Soni, keputusan berkahwin dengan lelaki berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai tukang paip itu adalah satu kesilapan yang memalukan dan telah menghancurkan hidupnya.
Dalam tuntutan permohonan cerainya, Soni mendakwa Manish jarang mandi dan menggosok gigi serta tidak mempunyai adab sebagai manusia normal. Soni mendesak pihak mahkamah meluluskan permohonan cerainya itu.
"Suami saya busuk kerana dia tidak mandi hampir 10 hari. Lebih teruk lagi, dia tak berus gigi dan tidak ada adab langsung.
"Saya tak nak hidup dengan dia lagi. Saya tak boleh nak tanggung ini semua lagi. Tolong jauhkan lelaki ini dari saya, dia telah menghancurkan hidup saya.
"Kami tiada anak, malah hubungan kami sebagai suami isteri juga tidak mesra dan tidak bermakna," kata Soni yang juga berharap lelaki itu memulangkan barang kemas dan beberapa barangan berharga lain yang diterima dari ibu bapa Soni semasa majlis perkahwinan mereka.
Sementara itu, Manish pula memberitahu dia masih mahu teruskan hidup bersama dengan Soni dan akan cuba mengubah gaya hidupnya yang tidak bersih itu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Anggota Suruhanjaya Wanita Negeri (SWC) memberi tempoh dua bulan kepada Soni dan Manish untuk menyelesaikan konflik di antara mereka berdua sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/2SfVYVc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment