Home » , » Lelaki rempuh isteri selepas kantoi berduaan dengan skandal dalam kereta

Lelaki rempuh isteri selepas kantoi berduaan dengan skandal dalam kereta

shamsulazlan | 00:55 | 0 comments

Seorang lelaki yang ditangkap bersama perempuan lain di dalam kereta oleh isterinya, cuba melarikan diri dengan merempuh wanita itu. 

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah dalam kenyataannya semalam berkata, polis telah mengenal pasti dan kini sedang memburu suspek berusia 50 tahun itu. 

Menurut Lim, kira-kira jam 8.30 malam Khamis, mangsa yang merupakan surirumah berusia 53 tahun baru saja pulang dari masjid dan ternampak kereta suaminya diletakkan di tepi jalan di Kampung Wireless. 

"Dia berjalan menuju ke kereta itu untuk meminta duit dari suaminya kerana dia mahu membeli ubat. 

"Namun dia ternampak ada perepuan lain di dalam kereta dan cuba menghalang kereta suaminya dari beredar," kata Lim. 

Suspek tergamak merempuh mangsa menyebabkan isterinya tercampak ke tepi jalan. 

"Mangsa mengalmi kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin hampir 30 tahun dan dikurniakan lapan orang anak. 

Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

Sumber: Borneo Post


from The Reporter https://ift.tt/34lsTNn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger