Ibu dan bayi berusia empat bulan mati ditikam sebelum rumah mereka di Memphis, dibakar.
Heather Cook, 32, dan bayinya, Bentley, ditemui mati dalam rumah mereka pada pagi Jumaat lalu.
Suspek, Enoch Zarceno-Turner, 25, telah didakwa membunuh termasuk dua pertuduhan lain iaitu membakar dan mendera bayi berkenaan.
Apabila bomba tiba di tempat kejadian, mereka menemui mayat si ibu dan bayi terbaring dengan kesan tikaman yang menjadi punca kematian.
Enoch merupakan bapa kepada bayi berkenaan dan pasangan itu dilaporkan kerap bertengkar mengenai isu hak penjagaan di mana Enoch gagal memberi wang saraan kepada Cook untuk menyara anak mereka.
Dua minggu sebelum kejadian itu, Cook berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya di Facebook Group Single Moms (ibu tunggal).
Dalam kenyataan itu, Cook mendedahkan Enoch tidak pernah datang berjumpa dengan bayinya sejak lahir. Lebih teruk lagi, Cook mendapati lelaki itu mempunyai teman wanita lain selama enam tahun dan Cook merupakan teman wanita yang kedua.
Apabila Cook memfailkan tuntutan bayaran saraan untuk Bentley, Enoch muncul dan mengajaknya berbincang. Enoch tidak percaya Cook sanggup membuat tuntutan itu dan mula menceritakan bahawa dia mengalami masalah kewangan, ditinggalkan teman wanita dan menyalahkan Cook di atas semua masalah yang timbul. Sedangkan Enoch banyak menghabiskan wangnya untuk membeli alkohol dan beli aksesori keretanya.
Jelas Cook, kesemua masalah itu timbul disebabkan tindakan Enoch sendiri yang tidak jujur dalam perhubungan mereka. Namun Enoch menegaskan dia tetap tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak itu.
Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis pada jam 2.30 pagi 13 September lalu. Enoch mengaku singgah di rumah Cook pada pagi itu dan apabila dia masuk melalui tingkap belakang, dia mendapati Cook dan anaknya telah mati dan terus melarikan diri dari tempat kejadian tanpa menghubungi ambulans mahupun polis.
Ketika ditahan, suspek juga kerap mengubah kenyataannya.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2LBQL89
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment