Video-video rakaman orang awam mengenai fenomena itu juga viral di media sosial dan menimbulkan pelbagai persoalan ramai apa sebenarnya yang telah berlaku.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sejak Khamis lalu di mana langit mula bertukar merah dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang menyebabkan penduduk ketakutan dan tidak berani keluar dari rumah.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesi (BMKG) Jambi berkata, fenomena langit berubah dari kuning ke merah di kawasan itu akibat asap tebal yang menyelimuti wilayah itu.
Sinaran matahari tidak sampai ke bumi dan cuaca akan kembali seperti biasa jika ada angin kencang.
Sementara itu, Ahli Astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo menjelaskan, "Ini fenomena Hamburan Rayleigh yang berlaku apabila chaya matahari telah disereakkan oleh asap, habuk atau zarah dengan menapis cahaya gelombang pendek dan melepaskan cahaya gelombang panjang yang selalunya berwarna jingga atau merah menyebabkan keadaan menjadi malap dan kemerahan.
"Kepadatan partikel-partikel mikro dan nano di udara dianggap cukup besar sehingga lebih padat berbanding kepadatan pertikel ketika udara normal.
"Bagaimanapun kejadian ini tidak memberi gangguan kepada penglihatan manusia,"
Kejadian seperti ini juga dilaporkan pernah berlaku ketika letupan gunung berapi Krakatau pada 1883 dan Pinatubo 1991.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2M6Ztuh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment