Seorang pekerja akauntan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun selepas didapati bersalah kerana memotong kemaluan kekasihnya dengan gunting kebun semasa melakukan hubungan intim (bondage sex).
Brenda Barattini, 28, didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh ahli muzik, Sergio Fernandez, 42, selepas perbicaraan di mahkamah di bandar Cordoba, Argentina.
Tertuduh juga mengaku dia merancang melakukan serangan itu pada 25 November 2017, namun menegaskan dia tidak berniat untuk membunuh Fernandez.
Ketika memberikan keterangan di mahkamah, Barattini merancang untuk menyerang Fernandez selepas mendapati mangsa berkongsi video dan gambar-gambar hubungan intim mereka kepada rakan-rakan, serta memperlakukannya seperti objek seks.
"Dia melanggar privasi saya, kehidupan saya dan karier saya. Segalanya telah hancur," katanya.
Sementara itu, Fernandez berkata, Barattini menyerangnya selepas matanya diikat dengan kain.
"Selepas dia ikat mata saya dengan kain, dia menyuruh saya meneka di mana dia menyentuh saya. Dia juga mahu mengikat saya tetapi saya tidak benarkan.
"Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati, dia cuba membunuh saya," katanya.
Pada awalnya, Barattini mendakwa dia hanya bertindak mempertahankan dirinya dari serangan seksual selepas diperdaya oleh Sergio dan membenarkan lelaki itu masuk ke rumahnya, sebelum mengubah kisahnya.
Mangsa diselamatkan oleh jiran-jiran yang terdengar jeritannya lalu segera menghubungi polis.
Hampir 90 peratus daripada kemaluannya dipotong bersama dengan testikel.
Akibatnya, Sergio berada dalam keadaan koma selama lapan hari dan kehidupannya kini sudah berbeza dari lelaki normal. Malah dia kini mudah panik dan sukar tidur (insomnia) kerana bimbang ada wanita yang mahu membunuhnya sekiranya dia melakukan hubungan intim.
Barattini dijangka akan membuat rayuan di terhadap keputusan itu.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2nchVZt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment