Home » , » 'Mangsa ditampar, dipijak, dilempar' - Bayi mati didera 4 rakan ibunya

'Mangsa ditampar, dipijak, dilempar' - Bayi mati didera 4 rakan ibunya

shamsulazlan | 18:57 | 0 comments

Seorang bayi lelaki berusia setahun 20 bulan meninggal dunia kerana didera empat rakan ibunya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Hatib, Jumaat lalu. 

Mangsa, Muhammad Al Suhaimi Alsarif disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang di Hospital Semporna. 

Terdahulu, mangsa dihantar oleh ibunya berusia 23 tahun ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan. Keadaan mangsa pada ketika itu amat kritikal. Namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu. 

Menurut seorang saksi, mangsa ditampar, dilempar ke tilam, ditarik sehingga terkena besi katil dan dipijak sehingga menyebabkan kecederaan yang menjadi punca kematiannya. 

Susulan kejadian itu, empat remaja perempuan warga asing berusia antara 16 dan 19 tahun ditahan pada jam 9.30 malam hari kejadian. 

Difahamkan, mangsa dijaga oleh ibunya dan empat suspek terbabit merupakan rakan ibu mangsa yang menumpang di rumah itu. Ketika kejadian, mangsa ditinggalkan bersama empat suspek. 

Apabila si ibu pulang, dia mendapati anaknya dalam keadaan lemah dan pucat serta tidak bernafas, lalu dikejarkan ke hospital. 

Keadaan mangsa semakin kritikal dan tiada perubahan positif walaupun diberi bantuan pernafasan.  Selain itu, turut didapati kesan lebam di bahagian pipi kanan dan betis kiri mangsa. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Mcja3V
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger