Home » , » Kerap main game dalam gelap sebelum tidur, wanita ini disahkan buta sebelah mata

Kerap main game dalam gelap sebelum tidur, wanita ini disahkan buta sebelah mata

shamsulazlan | 20:05 | 0 comments

Seorang wanita di China disahkan menghidap glaukoma pada usia 29 tahun kerana terlalu ketagih bermain permainan video di telefon pintar dengan rakannya setiap malam sebelum tidur. 

Glaukoma adalah penyakit saraf mata progresif dan boleh berkembang serius seiring usia dan menyebabkan buta kekal jika tidak dikawal. Ia bukan sebarang penyakit, malah diwarisi daripada keturunan dan tidak boleh diubati. 

Menurut laporan Oriental Daily, wanita itu dan rakannya selalu bermain bersama setiap malam. Pada awalnya, dia hanya menetapkan untuk bermain satu pusingan sebelum tidur, tetapi apabila skuad mereka tewas, rakannya memujuk untuk bermain lagi sehingga jam 2 atau 3 pagi. 

Satu hari selepas berjaga sepanjang malam bermain permainan kegemarannya itu, apabila bangun pada waktu pagi dia mendapati matanya tidak dapat dibuka dan terasa sakit. 

Keadaan itu menyebabkan dia ketakutan dan berhenti bermain permainan video itu untuk beberapa hari dan merawat matanya menggunakan kaedahnya sendiri. 

Selepas pulih, dia kembali bermain permainan video itu tetapi tidak berlanjutan sehingga ke jam 3 pagi. 


Malangnya, mata kanan wanita itu menjadi merah teruk sehingga mata putihnya tidak lagi kelihatan. Dia segera pergi berjumpa dengan doktor yang kemudian mengesahkan dia menghidap glaukoma. 

Zhu, Timbalan Pengarah Jabatan Ophthalmologi hospital berkata, tabiat menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan video, melayari aplikasi media sosial, membaca novel dan pelbagai lagi aktiviti di dalam suasana gelap sebelum tidur boleh memudaratkan mata. 

Penggunaan telefon bimbit untuk masa yang lama di dalam persekitaran yang gelap akan menyebabkan mata kering, bengkak dan letih.

Ini kerana otot-otot ciliary (otot di mata yang membolehkan lensa mengubah bentuk untuk memfokus) berubah secara paksa yang boleh menyebabkan kerosakan saraf optik. 

Dalam masa yang sama, bekalan darah ke mata juga terhad, menyebabkan tekanan intraokular meningkat, mengakibatkan glaukoma dan boleh menyebabkan buta.



from The Reporter https://ift.tt/2LrdWRf
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger