Home » , » 'Baru beli Civic dah nak berkira dengan bini' - Netizen kecam suami terlalu sayangkan kereta berbanding isteri

'Baru beli Civic dah nak berkira dengan bini' - Netizen kecam suami terlalu sayangkan kereta berbanding isteri

shamsulazlan | 00:31 | 0 comments

Sememangnya menjadi perangai semua orang yang sangat sayang pada kereta yang baru dibeli dan jika boleh, nyamuk pun tak dibenarkan hinggap di atas kereta. 

Namun kebimbangan lelaki itu agak keterlaluan bilamana dia enggan meminjam kereta barunya kepada isteri kerana bimbang si isteri tidak menjaga keretanya dengan baik. 

"Aku baru beli kereta jenama Honda Civic. Yang menjadi masalah, bini aku nak pinjam kereta aku. Katanya nak keluar dengan kawan-kawan.

"Aku risau bini aku tak jaga kereta aku. Risau kereta kotor dan calar. 

"Apa yang perlu aku buat supaya hatinya tak terguris kalau aku berterus terang? 

"Isteri aku ni seorang guru. Gaji dia tinggal RM1,000 saja sebab bayar loan rumah kami. Sekarang dia pakai Perodua Kancil masa dia zaman bujang udlu. Dia dah biasa bawa kereta itu, kenapa tiba-tiba nak pakai kereta aku?" luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga

Bagaimanapun, netizen menyelar sikap suami yang berkira dengan isterinya hanya kerana sebuah kereta baru berbanding isteri yang korbankan gajinya untuk membayar hutang rumah. 




from The Reporter https://ift.tt/2JWWh6t
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger