Home » , » 'Tuhan mahu saya tolong awak' - Aktivis ini bersyukur anaknya yang terkandas di KLIA, dibantu rakyat Malaysia

'Tuhan mahu saya tolong awak' - Aktivis ini bersyukur anaknya yang terkandas di KLIA, dibantu rakyat Malaysia

shamsulazlan | 21:37 | 0 comments

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinan, bukan sahaja sesama bangsa dan negara sendiri malahan turut bersimpati dengan masyarakat negara luar. Perkara ini turut diakui oleh seorang aktivis sosial Amerika Syarikat  yang memuji sikap seorang lelaki yang telah menghulurkan bantuan buat anaknya.

CJ Werleman menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas kehilangan kad debit bank ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Werleman berkongsikan kisah tersebut melalui status di Twitternya pada petang Isnin. Jelas Werleman, selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya anaknya itu menyedari kad debit beliau tiada dalam simpanannya. Dan beliau tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman.

Ketika beliau dalam keadaan tertekan dan sedih, rupa-rupanya dia tidak keseorangan. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 50-60 tahun telah menegur beliau. Hal tersebut diceritakan oleh anaknya menerusi pesanan ringkas yang turut dikongsikan oleh Werleman.


“Saya duduk di sebuah meja yang bersambungan dengan meja lain yang diduduki oleh seorang lelaki berusia sekitar 50-60an bersama keluarganya.

“Dia menyedari keadaan saya yang tertekan dan mata saya merah sebelum dia datang dan bertanyakan saya masalah yang saya hadapi dan kami berbual,” kata anaknya melalui pesanan ringkas.

"Saya katakan semuanya akan ok tapi saya terus menangis. Dia berikan saya dua bar coklat dan sebotol air dan anggur juga sandwic selain RM50. Dan dia tanyakan saya adakah saya percaya Tuhan? Saya katakan ya! Dan dia kemudiannya menangis. Dia berkata bahawa tuhan mahu saya tolong awak. Awak tak nampak dia tapi dia ada.”








Selepas mengetahui kisah anaknya, Werleman menyifatkan lelaki berkenaan sebagai malaikat yang dihantar untuk membantu anaknya yang dalam kesusahan. Jelasnya, anaknya itu dalam perjalanan untuk menemuinya namun tidak dinyatakan di mana.

Perbuatan lelaki warga Malaysia itu nyata menambat hati aktivis berkenaan yang menurutnya sumbangan yang dihulurkan sedikit namun sebenarnya memberikan makna yang besar pada remaja itu dan juga negara.

Werleman turut mengemaskini perkembangan terbaru mengenai anaknya. Dia menyatakan anaknya berada dalam keadaan selamat dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan anaknya makanan dan minuman. Status Werleman setakat ini telah diulangkicau sebanyak 3,100.



from The Reporter http://bit.ly/2XSqdmr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger