Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di tempat letak kereta di Zhejiang sci-Tech University di Hangzhou, China dan mangsa, Zhao, merupakan pelajar di universiti itu.
Berdasarkan video yang dirakam oleh orang awam, mangsa sebelum itu dilihat berpaut pada pintu pemandu.
Ketika suspek yang dikenali sebagai Jin mengundurkan kenderaannya, mangsa sudah tidak sedarkan diri, lalu terjatuh sebelum kaki dan tangan kirinya dilanggar.
Suspek yang mempedulikan keadaan mangsa, terus meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dan disahkan patah kaki kiri dan mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badannya.
Polis menerima panggilan kecemasan dari saksi kejadian pada jam 11:07 pagi dan telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, netizen mendakwa pasangan itu berpisah pada bulan Mac. Sejak dari itu, suspek kerap muncul di universiti itu untuk memujuk mangsa.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, suspek merampas telefon bimbit mangsa dan mahu terus beredar. Tetapi mangsa cuba mendapatkan semula telefon bimbitnya itu sehingga dilanggar oleh suspek.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2GOGinG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment