Seorang pembantu perubatan ditahan kerana didakwa mencabul pesakit wanita dalam ambulans yang ketika itu dalam perjalanan ke Hospital Selayang, Gombak, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, majikan kepada pekerja kafe itu yang memaklumkan mangsa berusia 18 tahun dicabul oleh suspek berusia 22 tahun.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa pengsan dan dibawa ke klinik berhampiran pada jam 7:30 malam sebelum dibawa ke Hospital Selayang dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.
Tetapi, sebaik tiba di hospital, majikannya yang berusia 51 tahun itu menemui mangsa dalam keadaan menangis. Mangsa mendakwa dia yang berada dalam keadaan sedar tetapi lemah, telah dicabul oleh suspek.
"Mangsa memaklumkan dia dihampiri suspek yang bertindak mencabul kehormatan mangsa.
"Ekoran laporan itu, kami menahan suspek yang bekerja di pusat perubatan swasta," katanya.
Suspek direman selama enam hari bermula semalam sehingga 27 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2ZqXMNY
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment