Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketika filem itu ditayangkan, bagi mencegah cubaan merakam filem itu.
Sepanjang pemeriksaan itu, sebanyak 11 amaran dikeluarkan kepada penonton kerana cuba merakam. Namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sementara di media sosial, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap segelintir penonton yang bertindak merakam filem itu dan akhirnya mendapat 'hadiah' sinaran cahaya hijau.
Gi tngok citer end game tadi.. Dok sebelah dak melayu ni.. Aku tak tau la jakun 1st time tngok wayang ke apa.. Boleh lak kau nak rakam ngan tangkap gambar time citer tngh jalan skali kena suluh ngan laser hijau kat muka...ramai2 tngok muka hijau kau— ZhangHen (@IqhmalMad) April 24, 2019
Mula dah rakam end game and post kat story.. bangga dooo spoil kann wuuuuu— Amiaziz (@fahmiaziz32) April 24, 2019
Tadi dekat paradigm mall ada 2 different people actually rakam video of endgame. GSC staff was quick. They were told to stop. Never thought i would be in the same hall with these idiots.....— Ash Kovacs (@ashraffsenz) April 24, 2019
Tidak kurang juga ada individu yang telah menonton filem itu membocorkan jalan ceritanya kepada umum.
from The Reporter http://bit.ly/2DvD0DO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment