Baru-baru ini tersebar di media sosial gambar pemberitahuan bahawa ada tiga golongan ini disahkan tidak layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.
Menurut semakan di laman web bsh.hasil.gov.my, golongan berkahwin dengan pasangan bukan warganegara, bujang atau ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan dan golongan bujang yang mempunyai tanggungan adalah tidak layak mendapat bantuan tersebut yang akan dibayar pada 28 Januari ini.
Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati golongan bujang yang merasa mereka telah diketepikan meskipun telah memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu.
"Kesian yang bujang. Ingat yang bujang tidak ada yang miskin ke? Ada tanggungan mak bapa, hidup kais pagi makan pagi. Mungkin PH fikir bujang sara diri sendiri saja tak payah bagi bantuan," kata Zakri Kulaan.
"Kesian bujang harapkan PTPTN mansuh, rupanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mansuh," kata Nabillah Sapar.
Walaupun begitu, ada netizen berpendapat bahawa golongan bujang ini perlu berdikari, bukannya mengharapkan bantuan dari kerajaan sepanjang masa.
"Sudah-sudahlah tu mengharapkan ehsan kerajaan saja. Sampai bila nak disuap? Sorry to say, berapa kerat saja duit BR1M untuk bujang tu digunakan duit untuk sara keluarga? Lebih kepada berfoya-foya saja," kata Wadi.
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, 'tongkat' untuk membantu mereka yang lemah akan diteruskan. Namun begitu, ia tidak patut dikekalkan di mana apabila kekuatan sudah kembali, tongkat itu perlu digugurkan.
"Pendapat bahawa tongkat adalah tanda kemuliaan adalah salah. Mengekalkan tongkat kerana kemuliaan bagi diri tidak berasas. Sebaliknya berdiri tegak dalam menghadapi serta mengatasi cabaran - mereka inilah orang yang mulia," katanya.
Pada 13 Januari 2017, Datuk Seri Najib Razak yang selaku Perdana Menteri pada ketika itu menerusi blognya pernah berkata, rakyat perlu menjadi proaktif dan bekerja keras untuk menambah pendapatan mereka, bukannya bergantung kepada kerajaan semata-mata jika mahu negara terus bergerak ke hadapan.
Sumber: Utusan, Astro Awani
from The Reporter http://bit.ly/2GU8p6M
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment