Tidak puas hati ditendang keluar dari group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri), bekas ahli group tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, dia telah dibuang dari group WhatsApp tersebut, sedangkan dia merupakan tuan kepada salah satu hartanah di kawasan itu dan kini tidak dapat lagi mengikuti perkembangan kejirannya.
"Admin group Whatsapp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri) telah removed saya dari whatsapp group kerana saya selalu post bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan.
"Kini saya tidak lagi boleh posting dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard. Saya tahu undang-undang dan saya tahu hak saya," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Menurut Isham, dia dibuang daripada group tersebut kerana kerap berkongsi bahan-bahan dan artikel yang mengkritik Kerajaan Pakatan Harapan.
"Tidak semua dalam group tersebut yang bersetuju dengan mereka kerana ramai yang meraikan perbezaan pendapat dan semak-imbang pembangkang ke atas kerajaan.
"Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan 'panas' apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka," katanya.
Isham mendakwa, sebelum PRU14, terdapat banyak posting anti Barisan Nasional dan maki hamun serta cercaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimuat naik ke dalam group itu, tetapi ahli group terbabit tidak dikenakan tindakan seperti yang dialaminya.
Isham percaya, dia telah dibuang oleh pihak admin yang merupakan penyokong PH kerana tidak bersetuju dengan pendirian politiknya itu.
from The Reporter http://bit.ly/2ApJW3u
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment