Home » , » '2 jam berjalan kaki sampai ke sekolah, ada yang tak berselipar..' - Terharu melihat kegigihan anak-anak ini untuk menuntut ilmu

'2 jam berjalan kaki sampai ke sekolah, ada yang tak berselipar..' - Terharu melihat kegigihan anak-anak ini untuk menuntut ilmu

shamsulazlan | 04:39 | 0 comments

Sesi persekolahan 2019 sudah bermula. Pelbagai ragam yang dapat dilihat oleh para pelajar setelah bercuti panjang. Senyuman terukir apatah lagi jika ada ibu bapa yang menemani sepanjang hari pertama persekolahan. Azam baru, tahun baru dan segalanya baru termasuklah peralatan ke sekolah. 

Itu kisah di sebalik pelajar-pelajar yang bernasib baik meraikan kegembiraan di hari pertama pesekolahan. Tetapi  sebaliknya pula  kisah di sebalik bebenang yang dikongsikan oleh seorang guru. Anak-anak didiknya merupakan anak-anak orang asli yang tinggal di Kg Chenan Cerah. 

Ketika orang lain menaiki kenderaan ke sekolah, tetapi anak-anak ini berjalan kaki selama dua jam menuju ke sekolah! Difahamkan, anak-anak kecil ini berjalan kaki setiap minggu ke sekolah dan mereka ditempatkan di sebuah asrama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.


ALHAMDULILAH, anak-anak Kg Chenan Cerah selamat tiba di sekolah selepas dua jam berjalan kaki. Ada yang tidak berselipar, kesan-kesan lumpur kering di kaki dan berwajah keletihan; tapi wajah masing-masing tetap senyum dan ceria. Semoga terus bersemangat untuk 2019!



Hari yang sibuk. Selain daripada menerima kunjungan pemantauan hari pertama PPD. Sibuk juga memastikan anak-anak dapat baju, kasut, beg dan alat tulis yang baharu. Tapi, buat yang tiba-tiba muncul mendaftar, terpaksa kami cari dalam simpanan. Janji semua lengkap.

Yang baju biru ini mendaftar Tahun 1 dan asrama. Datangnya cuma dengan abangnya yang di Tahun 4. Tapi bajunya cuma diisi dalam satu beg berkongsi dengan abangnya. Nasib baik ada baju dan kasut yang muat.


Jadi, seminggu dua ini kami memang sibuk. Bukan sahaja sibuk mengajar, tapi sibuk mengurus anak-anak supaya lengkap semuanya. Belum termasuk menjahit/menampal lencana sekolah lagi tu. 

Okay semua. Anak-anak yang berjalan dua jam ini tinggal di asrama. Itu perjalanan rutin mingguan mereka. Bukan setiap hari mereka berjalan ke sekolah, tapi setiap minggu. Anak-anak sekecil Tahun 1 hingga Tahun 6 yang tinggal di kampung yang jauh akan duduk di asrama. 

Kisah pelajar-pelajar SK Lemoi, Cameron Highland ini turut mendapat perhatian Cheff Cilik, Danish Harraz yang turut mengadakan kempen memberikan sumbangan keperluan sekolah dalam satu projek amal yang dinamakan Anak Lemoi Back To School 2019.

Sumber: BungoLale


from The Reporter http://bit.ly/2SyReZO
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger