PETALING JAYA - Model botol air mineral stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, 25, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan lelaki yang 'mencabul' gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.
Nor Shafila tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehingga mencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami.
"Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung atau memeluk poster itu ketika bergambar. Namun ada beebrapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan.
"Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.
"Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya kepada mStar Online.
Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.
"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya berharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini.
"Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.
"Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2uyjOhO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment