Home » , » Wanita ini diserang secara seksual oleh teammate ketika bermain Mobile Legends bersama di dalam bilik

Wanita ini diserang secara seksual oleh teammate ketika bermain Mobile Legends bersama di dalam bilik

shamsulazlan | 21:25 | 0 comments


Seorang lelaki di Singapura mengaku bersalah pada Khamis, 10 Jun 2021, atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap rakan wanita di rumahnya ketika bermain game Mobile Legends bersama. 


Lapor Today Singapore (12 Jun 2021), Lim Jing Wei, 21, melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di bilik tidurnya walaupun ibunya berada di rumah ketika kejadian itu berlaku. 


Lim mengaku bersalah di atas pertuduhan melakukan serangan seksual. Manakala bagi pertuduhan cubaan merogol mangsa akan dipertimbangkan hukumannya pada minggu ini. 


Mengikut fakta pertuduhan, Lim berkenalan dengan mangsa yang dua tahun lebih tua daripadanya pada tahun 2018, melalui rakan. Sejak dari itu, mereka selalu keluar bersama dengan rakan-rakan lain dan sesekali juga pernah keluar berdua. 


Lim mengakui dia tertarik dan mengajak mangsa untuk menjalinkan hubungan. Malangnya, mangsa menolak kerana tidak langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Lim. 


Pada hari kejadian, mangsa mengajak Lim untuk minum deengannya bersama dengan beberapa rakan lain di tempat kerjanya. Lim kemudian mengajak mangsa ke rumahnya untuk bermain Mobile Legends. Mangsa bersetuju kerana dia juga ingin mengecas telefon bimbitnya. 


Di rumah, Lim meminta mangsa terus pergi ke bilik tidurnya sementara dia bercakap dengan ibunya seketika. Mangsa masuk ke bilik tidur, pintu ditutup dan mereka mula bermain Mobile Legends bersama. 


Lim tiba-tiba meminta mangsa untuk baring di sebelahnya di tempat tidur, tetapi mangsa menolak. Setelah puas didesak, mangsa akur dan berharap Lim berhenti memintanya melakukan perkara yang bukan-bukan. 


Lim kemudian baring di atasnya lalu memeluk dan menciumnya. Mangsa menolak dan menjerit dengan harapan dapat menarik perhatian ibu Lim untuk masuk ke bilik. Namun, usahanya itu tidak berjaya. 


Lim mula membuka baju mangsa secara paksaan walaupun mangsa berkali-kali menolak dan mengatakan tidak. Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa sekali lagi terpaksa akur dengan permintaan Lim. Tetapi Lim mula melakukan serangan seksual membuatkan mangsa terkejut dan menyuruhnya berhenti.


Lim kemudian meminta mereka melakukan hubungan intim. Mangsa menolak dan menyarankan mereka berpelukan dengan tujuan untuk menenangkan Lim. Lim setuju dan akhirnya tertidur selepas 15 minit berlalu. 


Di kesempatan itu, mangsa segera memakai pakaiannya dan menangis trauma dengan insiden yang menimpanya. Dia menghantar mesej kepada beberapa rakannya dan bertanya sama ada mereka dapat datang menjemputnya. Mangsa cuba menenangkan diri dan mula mencari kunci rumah Lim untuk keluar. 


Akibat dari perbuatan itu, Lim kini berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau disebat jika sabit kesalahan. 


Sumber: Today Singapore



from The Reporter https://ift.tt/3zpomsT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger