Home » , » (Video) 'Memandai je kata berlaku di Sabah' - Kes ahli keluarga pukul petugas kesihatan, bukan berlaku di Sabah

(Video) 'Memandai je kata berlaku di Sabah' - Kes ahli keluarga pukul petugas kesihatan, bukan berlaku di Sabah

shamsulazlan | 08:24 | 0 comments


Tular di media sosial video menunjukkan beberapa individu yang yang memakai sut alat perlindungan diri (PPE) diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai waris ahli keluarga pesakit meninggal akibat Covid-19. 


Berdasarkan video berdurasi 48 saat itu, sumber dari akaun TikTok @Pelita_Adat mendakwa kejadian itu berlaku di Sabah. Video itu kemudian dikongsi semula oleh individu bernama Sofian Fariz di akaun Facebook, tanpa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu menyebabkan ramai netizen yang bengang dengan berita palsu tersebut.


Semakan mendapati, kes itu sebenarnya berlaku di Kota Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia pada Selasa 21 Julai 2020.


Lapor Suara.com, salah seorang anggota keluarga jenazah berkenaan tidak berpuas hati jenazah dikebumikan mengikut protokol Covid-19. Gagal mengawal kemarahan diri, salah seorang suspek terus menolak petugas makan sehingga terjatuh. 


"Ini bukan Covid! Bukan Covid ini!" teriak suspek yang datang bersama segerombolan ahli keluarganya.



Keadaan menjadi lebih teruk apabila suspek yang sama menghalau dan menolak petugas lain serta memukul seorang lagi petugas sehingga terjatuh tidak sedarkan diri. 


Kejadian itu mengundang banyak perhatian netizen yang mengecam tindakan suspek tidak bertamadun dan biadab terhadap petugas makam. 


"Tak dapat bayangkan mereka kerja setiap hari mempertaruhkan nyawa di kala pandedmik dengan risiko penyakit berbahaya. Tak pasal-pasal ditumbuk orang awam," kata Jnessy. 


"Kalau begini perangainya, tinggalkan saja jenazah itu dan biar mereka uruskan sendiri. Ambil nama mereka semua dan kalau mereka terkena Covid, jangan diberi rawatan. Orang tolol tak perlu dikasihankan," kata Maszdon. 


Justeru, netizen dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan video yang tertera kapsyen kononnya kejadian itu berlaku di Sabah. Sebaik-baiknya semak kesahihan maklumat yang diterima dengan menggunakan enjin pencarian yang sedia ada sebelum menyebarkannya. 



from The Reporter https://ift.tt/3d6WccH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger