Seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan anaknya yang berusia dua tahun di rumahnya di Kecamatan Bengalon, Kalimantan Timur, Indonesia pada jam 7 malam, Ahad, 13 Jun 2021.
Ketua Polis Bengalon, Slamet Riyadi berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk yang datang ke rumah untuk bertemu dengan mangsa berusia 30 tahun untuk memaklumkan suaminya yang juga berusia 30 tahun itu datang ke masjid dalam keadaan telanjang dan mengamuk.
Namun, saksi pertama terkejut apabila menemui mayat wanita itu berlumuran darah di ruang tamu akibat luka parah di bahagian kepala, manakala mayat anaknya ditemui dalam buaian dengan kesan luka di bahagian leher.
Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Suspek yang mengamuk di masjid sempat mencederakan imam menggunakan parang yang ketika itu cuba menenangkannya. Beberapa jemaah lain yang melihat kejadiaan itu terus menangkap dan membelasah suspek sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Difahamkan, hubungan pasangan berkenaan dikatakan baik-baik sahaja dan mereka dikurniakan dua anak lelaki.
Berdasarkan siasatan awal, suspek berbuat demikian kerana sedang mengamalkan ilmu hitam sehingga mengalami gangguan jiwa. Suspek mengakui, selepas dia membunuh isteri dan anaknya, dia cuba membunuh dirinya sendiri dengan cara mengelar lehernya. Tetapi gagal dan luka parah di bahagian leher menyebabkan dia sukar untuk bercakap.
Suspek kemudian lari ke masjid dalam keadaan telanjang
Suspek kini sedang dirawat di hospital dan kes masih dalam siasatan polis bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Sumber: Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3iFCyIr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment