Home » , » Beri bayi hisap vape, suami isteri mengaku tidak bersalah & mohon dibicarakan

Beri bayi hisap vape, suami isteri mengaku tidak bersalah & mohon dibicarakan

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments


Pasangan suami isteri yang memberi bayi mereka berusia 21 bulan menghisap vape atau rokok elektronik pada Mei lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. 


Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 23 dan 21 tahun itu memohon untuk dibicarakan, sebaik saja pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin. 


Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama-sama memberi kanak-kanak lelaki berkenaan menghisap vape yang berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di kediaman mereka di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, pada jam 1 pagi, 2 Mei 2021. 


Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 


Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh. Bagaimanapun, pasangan itu yang tidak diwakili peguam merayu diberikan jaminan rendah. 


Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, berserta dengan syarat tambahan di mana mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. 


Selain itu, mahkamah juga melarang pasangan berkenaan tinggal serumah dengan mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan semula kes. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3gph6EB
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger