Home » , » Suami tikam isteri sampai mati, stress menganggur hampir 2 tahun akibat pandemik Covid-19

Suami tikam isteri sampai mati, stress menganggur hampir 2 tahun akibat pandemik Covid-19

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments


Seorang lelaki bernama I Made Maranada, 34, tergamak membunuh isterinya, Ni Luh Putu Russiani, 24, pada jam 8 malam, 18 Jun 2021, dalam kejadian yang berlaku di Banjar Sibang, Bali, Indonesia. 


Ketua Bahagian Perhubungan Awam Balai Polis Badung, Iptu Ketut Gede Oka Bawa berkata, kejadian itu disedari oleh ibu bapa suspek iaitu, I Made Geliduh (ayah), 65, dan Ni Nyoman Yeni (ibu), 60. 


Siasatan awal mendapati, suspek menghabiskan nyawa mangsa dengan cara menikam leher isterinya menggunakan pisau dapur di rumah ibu bapanya. Lebih memilukan, kejadian itu disaksikan sendiri oleh ibu suspek yang melihat anak lelakinya itu membantai menantunya.


Pada awalnya, ibu suspek berada di dalam bilik terdengar jeritan menantunya, lalu segera bangkit untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati suspek sedang membantai menantunya. Terkejut melihat kejadian itu, Ni Nyoman terus berteriak memanggil suaminya yang kemudian datang dan mendapati mangsa sudah mati berlumuran darah. 


I Made Geliduh sempat menghalang anaknya dari melarikan diri, tetapi gagal kerana dipukul dengan objek keras. Suspek cuba membunuh diri dengan cara menikam dadanya, tetapi tidak berjaya. Penduduk setempat yang mengetahui kejadian itu segera menghubungi polis dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. 


Polis percaya, suspek bertindak membunuh isterinya kerana mengalami tekanan semenjak kehilangan pekerjaan hampir dua tahun gara-gara pandemik Covid-19. Sebelum pembunuhan itu berlaku, suspek dan mangsa selalu bertengkar di mana menurut sumber, si isteri kerap memarahi suspek yang masih menganggur. 


Sumber: Agensi




from The Reporter https://ift.tt/3j2Dl6m
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger