Vivy Yusof, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti dan ikon fesyen ini semakin meniti di bibir netizen. Sebelum ini, namanya sentiasa menjadi sebutan kerana tudung jenama Duck yang dihasilkan. Terkini, pelbagai spekulasi yang timbul setelah satu pengumuman dibuat mengenai perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ada yang menganggap Vivy Yusof tidak layak memegang jawatan itu kerana beliau bukannya alumni UiTM dan tidak kurang juga yang menganggap kerjaya beliau tiada kena mengena dengan UiTM.
Namun, bebenang yang diutarakan oleh pakar psikologi ini sedikit sebanyak mampu membuka mata pihak yang cuba membuat pelbagai spekulasi negatif terhadap isu ini.
HONESTLY, I'm really okay with this. Graduate Law daripada London School of Economics (LSE). Pernah masuk list Forbes untuk Asia's Top 30 under 30. Ada empayar bisnes yang banyak networking (sampai deal tudung corak Disney - ingat senang ke nak tembus brand Disney?)
UiTM should be proud to have such wonderful new board of directors. She's a great icon for successful Gen Y. Young talent who has so much potential now and in the future. And she's already on the right track! A great influencer and inspiration, far better than DV, AS, Sj etc.
Jangan ingat mesti ada kaitan UiTM baru boleh jadi BOD UiTM. Tu maksudnya kita tak faham apa sebenarnya bidang tugas BOD. I applaud her for this.
She earned this, regardless apa yang dikecam. We don't rise by bringing others down. We rise by rising others together with us.
Izinkan aku tambah sikit. Satu benda yang aku respect, empayar bisnes yang dia dan suami buat tu, proper. Real business. Bukan gunakan cheap marketing, mengarut buat lagu itu ini, untuk rakyat Malaysia parodikan. Tapi bisnes yang proper dan networking yang kuat.
Did you know? Dia banyak tembus brand yang susah nak rare, especially dengan Disney. Disney ni, antara brand gergasi kat dunia. Susah gila nak masuk, tapi once kita dah ngam dengan Disney, kita akan jadi hot di mata orang bisnes, sebab pernah JV dengan Disney. Orang respect.
Antara produk dia yang aku kagum usaha bisnes dia:
- Duck Scarf Barbie version. Yes, THE Barbie!
- Official Disney version scarf
- Crazy Rich Asians collab
- Terbaru, barang mekap limited edition, JV dengan X-Men Dark Phoenix. Dapat brand "Rise of The Duck Collection."
Jangan salah faham. Aku tak dibayar dan bukan promote pun. Cuma aku bangga, ada rakyat Malaysia yang mampu tembus pasaran antarabangsa secara proper dan profesional. Tak perlu buat benda mengarut or merepek, rotan anak atau menari-menari untuk dapat publisiti.
Sama macam aku bangga ada rakyat Malaysia yang jadi pengarah filem DC baru-baru ni, Aquaman.(Walaupun dia sekarang Australian, at least Malaysian born).
Same as Amalina Che Bakri, Dr kita di UK yang pernah buat master dan training doktor serentak, and sucess in both!
Dan aku percaya, warga UiTM pun patut bangga dapat orang macam Vivy sebagai BOD. She might not be an academician, but she is a great candidate for an influencer who understands well about our current business industry. And that's an added value for UiTM's decision maker today.
Sumber: AimanPsikologi
from The Reporter http://bit.ly/2W2Gcls
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment