Home » , » 'Saya merayu tuan tidak buat laporan & saman' - Takut disaman kerana fitnah Farm Fresh, penjual coklat tampil mohon maaf

'Saya merayu tuan tidak buat laporan & saman' - Takut disaman kerana fitnah Farm Fresh, penjual coklat tampil mohon maaf

shamsulazlan | 21:39 | 0 comments

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai produk susu Farm Fresh yang dikatakan telah diasaskan oleh seorang lelaki berbangsa Cina. Tanpa bukti dan fakta yang kukuh, netizen mula membuat pelbagai spekulasi sehingga membabitkan isu perkauman. Tidak kurang juga, ada yang ingin memboikot produk ini.

Menyedari isu ini semakin menular, COO Farm Fresh, Encik Azmi Zainal memberi kenyataan terhadap isu ini. Pemilik nama Budiyanto Unggun yang menyebarkan fitnah ini juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Farm Fresh dan seluruh wakil jualan.


DARI semalam lagi brader dah baca posting “Budiyanto Unggun” yang kurang enak dibaca. Brader cuma boleh berharap ia tidak menjadi perkara buruk dan berdoa agar ia tak pergi jauh.

Doa dan harapan brader tak termakbul, bangun pagi je tengok post beracun ni dah viral. Dah dekat 850 share, brader cuba hubungi beliau tapi tak angkat dan kemudian mesej beliau tapi dia masih jawab dia buat perkara betul. 

Tak apalah, brader pun sibuk ya amat. Tak sempat nak buat posting dan bertindak, banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Stokist dan rakan-rakan Facebook juga bertanya apa yang boleh dibantu. Brader cakap “tak apa, biar brader mesej dia dulu, mungkin dia tak sedar kesilapan.." Brader cuba menenangkan diri.


Menjelang petang brader rasa sesuatu perlu dilakukan. Komen-komen semakin racist, semakin tidak selesa dibaca. Brader contact lawyer Akmal SK dan minta nasihat. Kami ke IPD Serdang. 


Sedar dengan kesilapan beliau saudara “FB Budiyanto Unggun” mesej brader dia dah delete posting dan minta maaf atas tindakan beliau. Lepas berbuka tadi Mr Loi telefon dan bincang yang akhirnya.

“Mi, tak payahlah u sue orang tu, dia pun dah minta maaf.”

Brader jawab, “Ha’ah. Kesian pulak aku kat famili dia. Dah nak raya ni beb. Mesti bini dia pun susah hati. Nanti tak happy depa raya. Bila depa tak happy anak dia pun mesti tak happy raya ni. Sedih pulak aku beb.”




Untuk makluman semua Farm Fresh Sdn Bhd di miliki 100% oleh The Holstein milk Company SB. Dalam syarikat Sdn Bhd ia dimiliki oleh beberapa shareholder/pemegang saham dan mempunyai ahli lembaga pengarahnya yang dipertanggungjawabkan mengawal selia operasi syarikat. 

Antara pemegang saham THMC ialah Khazanah, Mr Loi, saya dan beberapa rakan lagi. Loi sbagai CEO, brader sebagai COO dan kini kami dibantu oleh saudara Ganesh sebagai CFO. Kami saling melengkapi dan berusaha bersaing dengan syarikat asing demi membangunkan industri tenusu negara.

Dalam kami mengembangkan perniagaan kami berkongsi peluang dengan masyarakat setempat. Kami wujudkan peluang pekerjaan seramai 634 orang dan 70% melayu. Datanglah ke ladang kami, datanglah ke kilang kami di Muadzam. Ramai anak-anak kampung dan felda bekerja di sana.

Kami beri peluang niaga pada 540 keluarga sebagai HD yang dapat pendapatan RM1,000 hingga RM3,000 sebulan. Pergilah ke bazar ramadhan, lawatlah di pasar malam dan jenguklah media sosial bagaimana mereka ini kami latih berusaha meningkatkan taraf hidup. Tanyalah mereka Keary Irama Helmi Adnan Dian Diana Permata Anggun Faridah Sulaiman Hannah Elyza Reni SumArdi Sakinah Lee Em Jay  dan ramai lagi yang Facebooknya berlogokan farm fresh.


Nasihat brader tak payahlah kita racist, yang sebaiknya kita bina hubungan baik sesama kita. Kerana kita ditakdirkan dilahirkan di dalam negara berbilang bangsa akan hidup bersama dan tidak usahlah kita berpolitik sepanjang masa dari yang atas sampai yang di bawah.

Bangkitlah berusaha untuk merubah nasib kita. Biarlah ahli politik yang berpolitik. Mereka memang sudah kaya, tapi kita ada mulut yang perlu disuap, ada hutang yang perlu dibayar, ada anak yang mahu bersekolah. Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita.

Wasalam.

Sumber: Azmi Zainal


from The Reporter http://bit.ly/2EuOCHC
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger