Home » , » 'Oii, aku order kebaya bukannya jubah' - Gadis bengang, dakwa seller menipu demi keuntungan

'Oii, aku order kebaya bukannya jubah' - Gadis bengang, dakwa seller menipu demi keuntungan

shamsulazlan | 22:14 | 0 comments

Beberapa hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjengah tiba. Segala persiapan termasuk pakaian sudah semestinya sudah disediakan. Ada sesetengah individu memilih untuk membeli secara online baju raya. Warna, corak, model, ukuran antara tarikan individu memilih membeli secara online tanpa menyiasat terlebih dahulu secara terperinci penjual-penjual ini sah atau tidak

Wanita ini menjadi mangsa penjual baju raya online. Baju yang dibelinya tidak sama seperti yang terpapar di dalam online. Dipesannya kebaya, tetapi yang dia dapat seperti jubah. 

HATI-HATI la siapa yang nak beli  baju raya secara online musim nak raya ni. Realiti gambar dengan yang dapat macam langit dengan bumi. Oii, aku order kebaya bukannya jubah. 

Patutlah aku pelik kenapa murah sangat dia jual. Murah pun RM100 lebih jugak. Dah lama tak pergi ke pasar tani atau pasar malam, aku tak tahu pulak baju ni dari Siam. Tak tahu sama ada nak ketawa ke nak menangis. Dua pasang pulak tu.



Manisnya ayat. Mula-mula beli, katanya 100% cotton. Tapi bila sampai, kain lembik. Lepas tu bagitahu saiz S. Saiz S apa sampai lima orang boleh masuk dalam baju. Kenapa kau sebagai seller tak bagitau awal-awal baju ni free size dan kain lembik. Kalau tahu free size, awal-awal lagi tak beli. Ni duk tabur ayat manis kat customer. Naya la.




Bukan nak marah ke apa. Nak berniaga, biar berkat, biar jujur, baru kekal lama. Bulan baik ni, jangan sebab nak kejar untung, nak kejar sale sampai orang lain teraniaya. Janganlah curi gambar model orang lain untuk kita niaga. Tak pasal-pasal orang lain terkena nanti sebab awak. Sedangkan owner asal baju tu jual baju berkualiti, tapi awak jual takde kualiti. Duhai seller. 



from The Reporter http://bit.ly/2K15jOo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger