Home » , » 'Dia keluar kereta & kata 'natey mu nak gapo' buat orang ramai geram' - Anak dakwa pemandu Camry hampir langgar ibunya

'Dia keluar kereta & kata 'natey mu nak gapo' buat orang ramai geram' - Anak dakwa pemandu Camry hampir langgar ibunya

shamsulazlan | 18:49 | 0 comments

Baru-baru ini viral di media sosial sekumpulan peniaga dan pengunjung bazar di Kota Bharu merosakkan kereta seorang wanita yang melalui laluan di bazar tersebut. 

Menurut pemandu itu, dia meminta peniaga di situ mengalihkan barang dan khemah niaga mereka agar dia dapat keluar dari kawasan tersebut. 

Namun ketika dalam perjalanan keluar, keretanya ditendang beberapa kali menyebabkan dia akhirnya berhenti dengan berdepan dengan individu berkenaan sebelum tercetuskan insiden itu. 

Pelbagai dakwaan dan spekulasi yang viral di media sosial di mana ada yang mendakwa pemandu itu melanggar kaki seorang kanak-kanak, pemandu itu memandu laju dan mendakwa laluan itu kebiasaannya boleh dilalui sebelum ini. 

Netizen yang menonton video itu juga berpendapat bahawa kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan boleh saja diselesaikan dengan memberi laluan kepada kereta itu untuk keluar dari kawasan tersebut. 

Bagaimanapun, tampil seorang gadis menceritakan kejadian di mana ibunya hampir dilanggar kereta yang sama. Mujur dia sempat menarik tangan ibunya. 

"Masa tu saya dengan umi tengah asyik tengok kedai jualan dan bila sampai di simpang nak belok ke Dataran Rehal dari Bazar Buluh Kubu tu, ada kereta ni laju dan nyaris langgar umi saya. 

"Memang terkejut, nasib baik saya ada dekat dengan umi ketika itu, jadi dapat terus tarik umi. Kalaulah lambat beberapa saat, pastinya umi dah terbaring di jalan," kata Anis yang juga mengakui bengang dengan tindakan pemandu wanita itu. 

Insiden itu membuatkan Anis marah dan mahu menjerit pada pemandu terbabit tetapi orang ramai terlebih dahulu mengejar kereta itu dan menendang keretanya. 

"Sebaik menyedari ada orang sepak keretanya, pemandu itu terus berhentikan kenderaannya. Pemandu wanita itu turun dan jerit kepada orang ramai yang ikut dia tu "Natey mu nok gapo", lebih kurang macam tu la bunyinya.

"Jadi, apabila tengok dia dan orang lain mula marah, saya tak jadi nak jerit," katanya memetik laporan dari mStar Online

Anis berkata, orang ramai mendakwa pemandu itu memandu laju dan melanggar seorang kanak-kanak tetapi dia enggan mengaku sambil mulutnya terus memaki hamun. 

Keadaan menjadi semakin tegang apabila ada yang mengambil kon jalan dan batang besi untuk menghentam keretanya sehinggalah polis tiba di tempat kejadian. 

Bagi Anis, wanita itu sepatutnya meminta maaf, bukannya menambahkan lagi kemarahan orang ramai yang geram dengannya. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2K6H9C0
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger