Home » , » Dah tawaf semua bazar, jumpa baju warna mint & tiba-tiba isteri kata 'Bang, baby blue ni cantik juga'

Dah tawaf semua bazar, jumpa baju warna mint & tiba-tiba isteri kata 'Bang, baby blue ni cantik juga'

shamsulazlan | 18:04 | 0 comments

Jika bujang, tidak ada masalah untuk membeli kelengkapan raya seperti baju raya. Tetapi jika sudah berkeluarga, agak sukar untuk memenuhi citarasa semua. Warna, corak, trend menjadi isu perdebatan yang hangat dibincangkan terutamanya suami dan isteri. Tetapi kebiasaannya sesetengah kaum lelaki hanya menurut sahaja kehendak si isteri bagi mengelakkan pergaduhan di kemudian hari.

Begitu juga seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini. Pada awalnya, si isteri telah menetapkan warna tema untuk baju mereka. Namun, si siteri bertukar fikiran setelah melihat ada lagi yang lebih cantik di matanya. Memikirkan raya hanya setahun sekali, dia memberikan kemenangan buat isterinya.

BEBERAPA hari lepas, saya baru berkesempatan nak cari baju raya. Rancangnya nak beli puasa pertama, tapi disebabkan ada beberapa perkara perlu nak diselesaikan, maka baru ini ada masa untuk mencari.

Bini dah kabor awal-awal, tahun ini tema kami mesti warna hijau mint. Jadi bersandarkan kepada kenyataan bini tadi, maka saya pun setkan dalam fikiran saya.

“Hijau mint! Hijau mint! Suka atau tidak, aku akan cari hijau mint!”

Maka, bila tiba sahaja di kedai pertama, dengan tak toleh kiri kanan, pantas saya bertanya.

“Pakcik, warna hijau mint ada?”

Tenang je pakcik yang baca surat khabar tu menggelengkan kepala. Saya pun tunjuk jari good sambil mahu berlalu pergi. Dari jauh lagi saya dah perasan bini tengah usha satu baju warna pink belacan.

“Ibu, ibu, jom. Kat sini tak ada.” Bagitahu saya kepada bini sambil menghulurkan isyarat untuk bergerak ke kedai lain. Dengan perlahan dia menuruti.

Berlalu ke kedai nombor dua pun, masih tiada baju yang saya cari. Hinggalah kami tiba di kedai yang ke berapa belas entah, akhirnya.

“Yeah! Baju ni saya mahukan kak. Gigih saya mencari baju warna ni. Jenis pulak tak ada pesak, memang saya suka.” Beritahu saya teruja kepada akak yang berniaga tersebut.

Yela, mana tak happy, kau dah tawaf semua bazar tu hampir satu pusingan penuh dan kau jumpa apa yang kau cari, mahu tak melompat kan. Namun, secara tiba-tiba,kedengaran satu suara, sayup-sayup je menerjah gegendang telinga saya.

“Bang, baby blue ni cantik juga”

“OMG.” Gumam saya sambil menelan air liur. Ia seolah-olah sudah berada di dalam jangkaan saya sebenarnya.

“Bang, hijau mint ni susah juga cari design latest baju perempuannya”

“Habisss.” Perlahan je saya bercakap dalam hati.

“Kalau baby blue ni, padan sikit dengan design baju yang saya nak beli. Abang rasa macam mana?”

Saya masih kaku di situ. Tidak bergerak.

“Atau abang rasa pink belacan tadi okay? Yang itu saya pernah jumpa dekat satu kedai area kota tinggi. Warna tu ada design yang saya minat.”

Saya yang bergetar badan masih lagi memegang baju hijau mint tadi. Perlahan sahaja saya panggil akak tu semula.

“Kak, akak pegang dulu sat. Saya nak bermusyawarah dengan bini saya kejap.” Hulur saya sambil tersenyum. 

Saya menarik bini ketepi. Kami mula berdiskusi dengan ilmiah. Agak lama juga kami berbincang sambil berdiri berhadapan dengan kedai tersebut. 

Maka, selepas 10 minit perbincangan, disebabkan isteri berjaya meyakinkan saya untuk mencari di kedai-kedai yang dia dah listkan, maka kami pun berlalu pergi. Sayang bini woi!

Kesimpulannya, kepada geng suami-suami yang nak beli baju melayu, silalah pastikan kalian membeli baju isteri terlebih dahulu.

Ya betul, warna akan menjadi keutamaan. Isteri boleh cakap semua warna yang terlintas di dalam pemikiran dia, akan tetapi di atas warna akan ada satu lagi faktor penentu sama ada baju itu dibeli atau tidak.

DESIGN

Baju warna lawa tapi design tak menepati citatarasa dia pun, dia tak nak dah. Baju warnalah pastel elok macam mana sekalipun, kalau design dah tak ngam dengan jiwa dia pun, dia tak minat untuk membeli.

Dan minat dan mood ni saling berkait rapat. Percayalah, disebabkan baju yang dibeli tak seperti dia mahu, pagi raya tu akan sama je seperti hari-hari biasa. Berjaga-jaga!  Jadi, eloklah bagi dia beli dulu. Layan je. Raya ni setahun sekali kan.

Sayup-sayup kedengaran lagu raya Sepahtu mengiringi pemergian kami,

“Pakat pilih kain apa, kain satin sutera, cantik juga kain rayon, tidak kurang kain chiffon”

Puih. Perlilah tuh!



from The Reporter http://bit.ly/2EzdLRc
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger