Home » , » Singapura 'ban' kemasukan kenderaan asing yang punyai saman tertunggak, Malaysia bakal kenakan larangan yang sama terhadap kereta dari republik itu

Singapura 'ban' kemasukan kenderaan asing yang punyai saman tertunggak, Malaysia bakal kenakan larangan yang sama terhadap kereta dari republik itu

shamsulazlan | 19:11 | 0 comments

Bermula pada 1 April 2019, Kerajaan Singapura tidak membenarkan kereta asing yang mempunyai saman tertunggak masuk ke republik itu, selagi tidak melunaskan bayaran saman. 

Difahamkan, larangan itu dibuat dalam usaha memastikan warga asing yang memasuki negara itu menyelesaikan saman tertunggak yang melibatkan pelbagai kesalahan trafik.

Ekoran perlaksanaan larangan itu, pintu masuk ke Singapura mengalami kesesakan lalu lintas yang sangat teruk kerana ada pemandu yang berhenti untuk membayar saman, selain ada yang berpatah balik ke Malaysia. 

Pengangkutan awam juga menerima tempias dan rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu terpaksa menghadap kesesakan yang tidak dijangkakan itu. 

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar Malaysia juga mengambil tindakan yang sama. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ dalam masa terdekat untuk mengambil langkah yang sama.


from The Reporter https://ift.tt/2uFFASG
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger