(Video) 'Saya minta maaf bang' - Posmen lastik anjing bersemuka dengan pemiliknya untuk mohon maaf

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments


Kes kakitangan Pos Malaysia yang melastik seekor anjing menyebabkan dirinya digantung kerja buat sementara waktu untuk siasatan dalaman baru-barui ini, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak telah berdamai. 


Shahrol Shiro (Raja Lawak) bersama dengan pasukannya, Aku Budak Kluang (ABK), sebelum itu mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan posmen berkenaan yang dikenali sebagai Dollah. 


Berdasarkan video temubual awal, Dollah mengaku dia berada dalam keadaan stress pada hari kejadian. Tetapi dia tidak berniat untuk mencederakan anjing tersebut. 


Bagi menjernihkan keadaan, Shahrol membawa Dollah bertemu dengan pemilik anjing, iaitu Siva dan Magesh yang menunjukkan kehadiran Dollah juga amat dinanti-nantikan kerana Siva enggan memanjangkan kes tersebut. 


"I tak nak bawa kes ini lama-lama. Memang saya tahu kerja posmen ini (berdepan dengan cuaca) panas, hujan, memang tension, saya faham," kata Siva. 


"Saya memang mohon maaf sangat, saya pun... abang tahulah kerja pos, gaji bukan besar mana. Saya takut kehilangan pekerjaan ini. Saya minta maaf bang," kata Dollah. 


Shahrol juga berharap, isu di antara mereka telah selesai dan mengambil kira masing-masing sebagai penduduk Kluang untuk berbaik-baik dan tidak bergaduh sesama sendiri.



Sementara itu, isteri Siva, Magesh menasihatkan Dollah untuk mengambil peluang yang ada untuk berehat dan tidak terlalu memikirkan kecaman netizen di media sosial keran apa yang penting, isu di antara mereka telahpun selesai. 



Di media sosial, netizen memuji kedua-dua pihak yang telah berdamai termasuk usaha Shahrol yang membawa mereka untuk bersemuka atas semangat cintakan perpaduan dan keharmonian.


Sumber: Aku Budak Kluang



from The Reporter https://ift.tt/3uztsAl
via IFTTT

'Saya tak takut, muka saya tetiba bengkak' - Alasan Muhammad Sajjad tak hadir ke mahkamah

shamsulazlan | 17:24 | 0 comments


Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzamn tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak hadir ke mahkamah bagi kes pertuduhan berpakaian wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. 


Muhammad Sajjad mendakwa, dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak hadir pada sebutan semula kesnya 23 Februari 2021 dan mempunyai surat pengesahan daripada doktor. 


"Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya," katanya. 


Selain itu, Muhammad Sajjad juga memaklumkan dia bukannya takut mahupun mengelak dan sentiasa memberi kerjasama yang baik selama ini.


"Kalaulah saya mengelak dan mahu lari, lebih baik terus pindah luar negara. Buat apa saya beri kerjasama selama ini? Terus terang, saya tak takut. Tetapi lebih kepada sedih dan kecil hati diperlakukan sebegitu," katanya yang masih tidak berpuas hati dan trauma dengan insiden yang berlaku di pejabat JAIS pada Januari lalu.


Menurut laporan Malaysia Gazette, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap lelaki itu selepas mendapat waran tangkap dari mahkamah. 


Sumber: Astro Gempak, Malaysia Gazette



from The Reporter https://ift.tt/3pYJTCM
via IFTTT

'Dia lari macam tu je' - Gadis Shell menangis ditipu pelanggan sebanyak RM360

shamsulazlan | 17:24 | 0 comments


Malang nasib seorang kakitangan stesen minyak diperdaya seorang pelanggan lelaki yang tidak bertanggungjawab menyebab mangsa mengalami kerugian ratusan ringgit. 


Menurut mangsa yang dikenali sebagai Suyyaya berkata, pada hari kejadian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ke atas datang ke kaunter memaklumkan dia mahu membuat isian penuh namun memberi wang pendahuluan sebanyak RM50. 


"..pakcik datang dengan Hilux, bagi RM50 lepas tu minta isi penuh. Tengok muka pula boleh dipercayai, ingatkan dia isi kurang dari RM100. Lepas tu dia lari macam tu je," kata Suyyaya dalam video perkongsiannya di TikTok. 


Perbuatan lelaki itu membuatkan mangsa terkilan dan kini terpaksa menanggung kerugian tersebut menggunakan wang gajinya sendiri.


Turut menimbulkan persoalan, tong apa yang digunakan oleh lelaki itu sehingga membuat pengisian minyak yang mencecah kos RM360. 



"Woii gaji aku!! RM1-RM2 tu tak kisah, ini beratus-ratus. Kau pakai tong ape weh untuk isi minyak banyak tu? ...dia isi.. Ya Allah.. banyaknya. (Saya) dengan muka bangganya tunggu untuk dibayar," katanya.


Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang dilalui mangsa. Netizen juga menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis dan menyertakan video dari rakaman kamera litar tertutup premisnya untuk dijadikan sebagai bukti. 


Sumber: Niaga Kini



from The Reporter https://ift.tt/2Mu3eOx
via IFTTT

(Video) 'Puas hati sekarang?!' - Wanita tanggalkan seluar dalam untuk dijadikan pelitup muka selepas diberi amaran oleh pengawal keselamatan

shamsulazlan | 16:24 | 0 comments


Seorang pengunjung pasar raya menanggalkan seluar dalamnya untuk dipakai sebagai pelitup muka selepas kakitangan premis tersebut memaklum bahaya dia tidak akan dilayan sekiranya tidak memakai pelitup muka. 


Insiden itu dirakam di pasar raya Pick and Pay  di Afrika Selatan selepas pengawal keselamatan meminta wanita itu memakai pelitup muka. Namun, wanita itu memberikan alasan yang dia tidak mempunyai pelitup muka. 


Selepas diberi amaran yang dia akan dihalau keluar dari pasar raya, wanita itu segera menanggalkan seluar dalamnya untuk digunakan sebagai pelitup muka. 



Dalam klip video tersebut menunjukkan wanita berkenaan beratur untuk membuat pembayaran. Seorang pengawal keselamatan wanita datang menghampirinya dan bercakap mengenai sesuatu sebelum dia secara tiba-tiba membongkok untuk menanggalkan seluar dalamnya.


Seluar dalam itu kemudian dipakaikan di wajahnya membuatkan pengunjung pasar raya lain tertanya-tanya, "Apa yang berlaku??". Keadaan bertambah mengelirukan setelah wanita berkenaan menunjukkan 'thumbs up' kepada pengawal keselamatan itu dan berkata, "Puas hati?".


Pengawal keselamatan itu kemudian menghubungi seseorang melalui walkie-talkie, sementara wanita itu pula membebel dan secara sinis mengatakan seluar dalamnya lebih bersih berbanding pelitup muka.


Meskipun begitu, ada juga yang mengkritik wanita berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan yang mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka. 


Video kejadian itu juga viral di media sosial dan netizen berkata, "Duduk kat rumah dan online shopping je kalau tak suka pakai pelitup muka. Bukannya dia tak tahu seluruh dunia sekarang wajibkan pemakaian pelitup muka.


"Apa dia ingat seluar dalam dia dapat menyelamatkan dia? Matanglah wei, tak fikir ke apa yang keluarga kamu rasa?".


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3svS0IH
via IFTTT

'Henti kegiatan lombong emas, itu hak Kerajaan Pahang' - MB Pahang akan ambil tindakan tegas jika ada penduduk yang ingkar

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments


Media semalam melaporkan ada aktiviti perlombongan emas yang dilakukan oleh penduduk kampung di Daerah Kechau, Pahang sehingga ada yang memperoleh batuan berharga itu seberat tujuh kilogram.


Baru saja dilaporkan semalam dan hari ini Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan itu dihentikan serta-merta bagi memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.


"Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.


"Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro.


Menurut laporan itu, ada penduduk yang memperolehi pendapatan lumayan dengan hasil jualan emas berkenaan sehingga membeli kenderaan secara tunai.


Sumber: Kosmo Online, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3bN0Qv8
via IFTTT

'Yang kurang duit, sila menabung dulu' - Keluar produk mi segera RM16.90, Aliff saran yang kurang duit menabung dulu kalau nak beli

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments


Ahli perniagaan, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman baru-baru ini telah mengeluarkan produk terbarunya di pasaran iaitu mi segera diberi nama Mie Congek. 


Menurut Aliff, pihaknya telah melakukan kajian terperinci selama enam bulan sebelum mengeluarkan produk tersebut yang menyasarkan kepada pengguna yang menggemari perisa ayam. 


Aliff yakin, produk terbarunya itu lebih sedap daripada mi segera yang sedia ada di pasaran dan pastinya terlajak sedap dan enak. 


"Sukar untuk saya gambarkan (rasanya). Mi Congek hanya berharga RM16.90 sahaja. Hanya perlu rebus sahaja dan di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang," katanya. 


Dalam posting di Facebook pula, Aliff berkata, "Jom rasa mee congek saya, pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit, cubalah. Yang kurang duit, sila menabung dulu". 



Di media sosial, netizen menyambut baik pengeluaran produk barunya itu tetapi mempertikaikan harga yang dikenakan kerana terlalu mahal berbanding mi segera lain. Sedangkan dengan harga itu, netizen berkata mereka boleh beli 10 bungkus mi segera atau seekor ayam mentah yang pastinya mengenyangkan perut dalam beberapa hari. 



Turut menjadi pertikaian netizen adalah, saranan Aliff yang meminta pengguna untuk menabung terlebih dahulu jika tidak berkemampuan membeli produk barunya itu, seolah-olah tidak memahami harga yang sepatutnya dikenakan terhadap golongan marhaen yang menjadi sasarannya untuk membeli produk tersebut. Ini kerana golongan kaya raya mungkin langsung tidak akan membeli produk makanan segera seperti itu.


Justeru, netizen menasihatkan Aliff untuk mempertimbangkan semula harga produknya itu agar bersesuaian dengan poket rakyat marhaen sekiranya mahu produk tersebut bertahan di pasaran atau sebaliknya terbiar di hujung rak kedai. 



from The Reporter https://ift.tt/3dLcObb
via IFTTT

(Video) Enggan ditahan, 2 penjenayah bertindak agresif sampai polis terpaksa tembak tayar

shamsulazlan | 04:24 | 0 comments


Dua penjenayah bertindak agresif dengan merempuh lebih kurang tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat selepas enggan memberi kerjasama kepada polis yang meminta mereka untuk berhenti dan keluar dari kenderaan. 


Dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh pada jam 12.40 tengah hari tadi, suspek yang memandu kereta Proton Waja dikepung polis dan bertindak menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya. 


"Dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandunya menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya. Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," kata saksi kejadian. 


Keengganan dua perjenayah itu memberikan kerjasama dan bertindak di luar kawalan menyebabkan anggota polis berkenaan melepaskan tembakan pada tayar kereta suspek. 


Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri sebelum kereta yang dinaiki mereka ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai. Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan berlukar berhampiran. 


"Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya. 


Di media sosial, netizen memuji tindakan pemandu lori dan Perodua Myvi yang tidak berganjak bagi menghalang kenderaan suspek walaupun menyebabkan kerosakan pada kenderaan mereka. 




Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3dOg9pZ
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger