Home » , » 'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo

'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Sebelum ini, kita didedahkan dengan produk timbang kilo yang tidak menepati piawaian, kali ini, seorang wanita yang bernama Emma yang juga merupakan bekas pengasas kecantikan mendedahkan pula mengenai senario sebenar di sebalik lambakan pengasas-pengasas produk kecantikan ini.


"Dari segi supplier, kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor. Masa aku lawat kilang, banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupa-rupanya OEM juga. 


"Mengenai database, waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit, tak ingat berapa tapi dalam RM5,000 jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia, produk baru, jadi yang terawal jual cepat-cepat. Lepas tu cari produk lain," katanya.




SEWAKAN RUMAH/KERETA MEWAH KEPADA FOUNDER BAHARU


Dari segi pemasaran pula, Emma mendedahkan beberapa founder akan memberikan mereka kereta mewah dan disewa dalam masa tiga bulan. Sebagai pulangan, founder berkenaan akan menuntut beberapa peratus keuntungan produk sepanjang tempoh kenderaan itu disewa.


"Nama akan ditukar sementara kepada nama kami termasuk interchange number plate dan spray warna baru dan ada agreement.


"Selain kereta, founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza. Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit-sikit setiap hari," katanya.


Selain itu, keuntungan produk yang dibuat di kilang Thailand lebih berganda dan tidak hairanlah jika ramai yang sudah menjadi 'jutawan' produk timbang kilo. 


OVERCLAIM DAN SELALU BUAT REVIEW PALSU


Namun disebabkan timbulnya rasa bersalah, Emma mengambil keputusan untuk berhenti berniaga dengan cara yang tidak betul itu. Dia juga mendedahkan beberapa penipuan yang diajar oleh pengasas lain.


"Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.


"Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain  Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.


"Acah-acah ada rumah mewah, padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat. 


"Bila mula dengan penipuan, kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga. Akhirnya, untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan. Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu. 


"Founder yang korang tengok kat IG/TikTok tu memang legit, tetapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya, dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma, kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle, stop buat dan gunakan (hasil) untuk bukak restoran, kedai elektronik dan lain-lain," katanya.


Kredit: Emma, B40 Buat Perangai Apa Hari ni



from The Reporter https://ift.tt/D5blBzH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger