Home » , » Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi - Menteri Kewangan

Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi - Menteri Kewangan

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Menurut beliau, perbincangan berkenaan perkara itu ketika ini adalah bersifat pramatang memandangkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 3.6 peratus pada tahun ini.


"Walau bagaimanapun, kita masih bimbang terhadap risiko ke atas ekonomi seperti peperangan di Ukraine, harga komoditi yang tinggi dan pengetatan dasar monetari global. Maka, kerajaan perlu memastikan fiskal fleksibiliti pada masa hadapan dapat menguruskan risiko berkenaan.


"Jadi, ini sebabnya kita berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur daripada 6.4 pada tahun 2021 kepada 6 peratus pada tahun 2022, selain merasionalisasi subsidi bersasar.


"Jadi, kegagalan untuk melunaskan obligasi hutang adalah risiko utama disebabkan oleh kemelesetan global tetapi tidak berisiko kepada Malaysia. Risiko ini dapat dikurangkan kerana separuh daripada hutang luar jika dibandingkan adalah kurang daripada tiga peratus dalam mata wang asing.


"Kita juga mempunyai lokaliti domestik yang mencukupi untuk membiayai sektor kerajaan dan swasta dari segi pinjaman dan keperluan," katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.


Mengulas mengenai situasi ekonomi negara pada suku kedua tahun ini pula, Tengku Zafrul berkata momentum pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap positif, iaitu lima peratus pada suku pertama, dijangka berterusan.


Jelas beliau lagi, ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.


"Kita dapat lihat aktiviti ekonomi dan pasaran buruh terus pulih dan sempadan antarabangsa pun telah dibuka.


"Jadi, InsyaAllah pelancong mula datang dan aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pun akan meningkat. Ia akan membantu pertumbuhan dan langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah bajet yang mengembang dan mempunyai kesan pengganda tinggi," kata Tengku Zafrul.


Katanya lagi, program Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) turut akan membantu poses pemulihan ekonomi negara.


Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2021.


Pertumbuhan ini antaranya disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik, pemulihan dalam pasaran buruh; pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar; serta sokongan dasar yang berterusan.


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/6Zc13tn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger