Baru-baru ini Kerajaan India mengenakan larangan mengeksport gandum berikutan fenomena gelombang haba dan tindakannya itu mengundang kritikan daripada menteri-menteri pertanian negara Kumpulan Tujuh (G7) kerana langkah itu hanya akan memburukkan lagi krisis makanan yang sedang dihadapi seluruh dunia.
"Jika semua negara melaksanakan sekatan eksport atau menutup pasaran kepada negara luar, ia akan memburukkan lagi krisis yang dihadapi, kata Menteri Pertanian Jerman, Cem Ozdemir.
India mengenakan larangan eksport gandum yang berkuat kuasa serta-merta akibat fenomena gelombang haba yang telah menjejaskan penghasilannya. Selain itu, faktor yang mempengaruhi keputusan itu adalah termasuk hasil tanaman yang rendah serta lonjakan harga global akibat krisis Rusia - Ukraine.
Hal itu menyebabkan India bimbang dengan isu keselamatan makanan dalam kalangan penduduk negaranya.
Bagaimanapun, tindakan India akan menyebabkan lonjakkan harga gandum global akibat kekurangan bekalan yang sekali gus akan menjejaskan negara-negara lain terutamanya di Asia dan Afrika. Ini kerana para pembeli global bergantung harap dengan bekalan gandum dari India selepas eksport dari wilayah di Laut Hitam terjejas akibat perat Rusia-Ukraine.
Difahamkan, harga gandum di India mencatatkan rekod baharu dengan mencecah 25,000 rupee (RM1,418) bagi satu tan, melebihi harga sokongan minimum kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143). Turut mendorong lonjakkan harga jualan tepung gandum di negara itu, lonjakkan harga bahan api, buruh, pengangkutan dan kos pembungkusan.
"Ia bukan sahaja melibatkan gandum, kenaikan bagi harga secara keseluruhan mencetuskan kebimbangan inflasi. Justeru itu, kerajaan terpaksa menyekat eksport gandum. Bagi kami, ia adalah satu tindakan berhati-hati," kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Seorang peniaga di New Delhi berkata, suhu tinggi pada pertengahan Mac lalu juga menyebabkan hasil tanaman gandum mencecah kira-kira 100 juta tan atau kurang.
April lalu, India telah mengeksport 1.4 juta tan gandum dan beberapa perjanjian telah ditandatangani untuk mengeksport sekitar 1.5 juta tan lagi bagi bulan ini.
"Larangan terbaharu yang dikeluarkan akan menaikkan harga gandum global. Ini kerana tiada pembekal utama di pasaran," kata seorang perdagang lain.
Sumber: Kosmo! Online
from The Reporter https://ift.tt/RQYs5UT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment