Tajuddin Abdul Rahman | Foto The Star |
Biarpun didesak membatalkan perlantikan Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Putrajaya tetap enggan melayani tuntutan itu kerana baginya Tajuddin Abdul Rahman adalah 'orang lama' dan berpengalaman, walaupun di luar sana ada ramai calon yang lebih layak.
Sedar dirinya dikritik hebat, Tajuddin tampil mempertahankan dirinya dan tegas mengatakan dirinya bukan 'orang tepi jalan' yang perlu dilayan seperti itu.
"Saya tidak mahu buat kenyataan menceceh sana sini dan cuma urut dada membaca macam-macam yang orang tulis. Sebahagiannya tidak adil kepada saya.
"Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi saya dilayan seolah-olah seperti saya 'orang tepi jalan'," katanya.
Jelas Tajuddin lagi, dia mengambil pendirian untuk berdiam diri pada waktu ini dan hanya akan bersuara apabila tiba masanya. Tajuddin dijangka berangkat ke Indonesia pada minggu ini untuk memulakan tugasnya sebagai duta.
Ditanya wartawan sama ada dia akan melembutkan nada komunikasinya sebaik saja mula berkhidmat sebagai duta, Tajuddin berkata, "Saya nak turunkan nada dari segi apa? Seorang pejuang tidak sesekali akan menurunkan nada," katanya.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia (KEMLU), Teuku Faizasyah berkata, kerajaannya tidak mahu masuk campur dengan urusan pelantikan tersebut, apatah lagi mempertikaikan kelayakan Tajuddin.
Sumber: Utusan Malaysia, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/r302BYg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment