Beberapa hari lalu, pelakon Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 46, mengeluarkan kenyataan berhubung penjagaan aurat yang mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menganggap dirinya riak dan jahil.
Saripah dalam kenyataannya berkata, dia sudah tiga kali dijemput Allah pergi ke Tanah Suci, tetapi masih belum menutup aurat dengan sempurna. Malah katanya, menutup aurat tidak bermakna seseorang itu sudah beriman dengan Allah SWT.
"Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat. berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.
"Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.
"Kalau aurat jaga, tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung, tapi tak solat," katanya.
@nazrul_al_bangsari Dengar Apa Orang Jahil Berhujah #syahadah #Volunteer #Movement ♬ original sound - Nazrul_Al_Bangsari
Isu itu mengundang perhatian pendakwah, Ustazah Asma' Harun untuk tampil memperbetulkan kenyataan Saripah agar ramai yang tidak salah faham.
"Harus faham, hukum menunaikan umrah adalah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum menutup aurat ialah wajib. Ramai salah faham tentang keutamaan ini menyebabkan perkara wajib dilengah-lengahkan tapi yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai yang wajib.
"Ada juga sebahagian yang merasakan tidak mengapa jika tidak menutup aurat, yang penting hati mereka baik. Jika kita ke kedai buah, mana yang kita akan pilih, buah yang luarnya baik atau yang sudah dipenuhi lebam dan busuk? Apabila pilih yang luarnya baik, ada kemungkinan isinya segar atau rosak. Tetapi luar yang busuk, sudah pasti isinya juga telah rosak.
HATI-HATI DENGAN APA YANG DIBERI, BIMBANG IA MUSIBAH YANG TERSEMBUNYI
"Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.
"Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.
"Alhamdulillah, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah? Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk?" katanya.
Dalam respon terkini berhubung isu tersebut, Saripah meluahkan rasa kesal terhadap individu yang memuat naik video tersebut yang didakwanya telah disunting sehingga menyebabkan dirinya dikecam dan difitnah di media sosial.
"Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial. Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan.
"Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah. Saya tidak akan memaafkan dia," katanya.
Mengulas mengenai teguran Ustazah Asma' Harun, Saripah menerima teguran itu dengan hati terbuka dan berharap tiada yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan pendakwah bebas itu.
"Ustazah hanya bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut nama saya. Saya tidak salahkan dia kerana dia bercakap untuk memberi ceramah. Janganlah melaga-lagakan saya dengan dia kerana isu tersebut," katanya.
Dalam pada itu juga, Saripah tidak akan mencari dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mahu membuang masa, selain sudah lali dengan kecaman netizen.
Sumber: Lobak Merah, mStar Online, FB Ustazah Asma' Harun
from The Reporter https://ift.tt/GhdFKnO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment