Seorang lelaki menerima vaksin Covid-19 10 kali dalam satu hari selepas dibayar oleh individu anti-vaksin bagi menggantikan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berpura-pura menjadi orang yang berbeza setiap kali dia bertemu dengan doktor di New Zealand. Dia kemudian diberi suntikan vaksin sebelum rekod vaksinasi untuk penerima sebenar dikemaskini.
Pihak berkuasa percaya, individu anti-vaksin telah membayar lelaki itu agar mereka boleh menikmati kebebasan yang sama seperti orang lain tanpa perlu mengambil suntikan vaksin.
Peraturan di New Zealand menetapkan, rakyatnya perlu menunjukkan kad vaksin untuk melakukan urusan perniagaan dan menghadiri majlis di negara itu.
Sementara itu, Profesor Helen Petousis-Harris dari University of Auckland menyifatkan perbuatan seperti itu adalah benar-benar bodoh untuk dilakukan.
"Saya fikir, kemungkinan dia akan berasa lebih teruk adalah lebih tinggi berbanding seseorang yang mengambil dos mengikut ketetapan yang telah diberikan," katanya.
New Zealand mencatatkan peningkatan kes Covid-19 sejak Oktober lalu dan merekodkan 103 jangkitan baharu dan 61 kemasukan ke hospital pada Ahad.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3pUIdfP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment