Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan mangsa buli di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar mengalami kecederaan 'soft tissue' atau kecederaan tisu lembut dalam badan.
"Keadaannya okay dan stabil, namun dia masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor. Berdasarkan pemeriksaan doktor, pelajar itu mengalami kecederaan yang diklasifikasikan sebagai 'soft tissue injury' atau kecederaan tisu lembut dalam badan," katanya.
Bapa mangsa juga telah membuat satu laporan polis di Selangor berhubung kejadian yang menimpa anak lelakinya dibuli oleh rakan setingkatan. Polis telah mengambil keterangan dari mangsa untuk membantu siasatan.
Setakat ini, 10 suspek berusia 13 tahun dan seorang pelajar berusia 15 tahun yang terbabit dalam kes tersebut telah ditahan ketika hadir memberi keterangan. Bagaimanapun, mereka telah dilepaskan dengan jaminan polis semalam.
Sumber: Utusan Online
LAPORAN BERKAITAN
- 'Pihak maktab kitorg pun tak sekecoh kau la palataw!' - 6 pelajar terbabit kes buli ditahan & digantung sekolah, bakal dibuang dari MRSM
- Rayuan tak menjadi, semua suspek kes buli telah dipanggil ke balai untuk diambil keterangan
- 'Kami menyesal, tolong jangan buat report polis' - Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf
- 'Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri ini & siasatan sedang dijalankan' - Ketua Polis Perak
- (Video) 'Kalau anak orang mati, pastu cakap takde niat membunuh?!' - Lagi kes buli, pelajar minta padam video untuk jaga nama baik maktab
from The Reporter https://ift.tt/3IGBOxf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment