Media di Georgia baru-baru ini melaporkan sebanyak 550 ekor biri-biri maut dipanah petir ketika sedang meragut di padang rumput di pergunungan Ninotsminda, selatan Georgia.
Menurut laporan kejadian itu berlaku pada 9 Ogos di mana pemilik ternakan, Nikolay Levanov, menerima panggilan dari pengembala memaklumkan ratusan ekor biri-biri telah terbunuh dalam ribut petir. Apa yang tidak diketahui oleh Levanov ialah, rakannya itu juga menjadi mangsa panahan petir. Tetapi hanya sekadar pengsan seketika.
Gambar dan video di lokasi menunjukkan ratusan bangkai biri-biri bergelimpangan di padang rumput di Gunung Abul, kawasan pengembalaan yang popular di selatan Georgia.
Levanov dan rakannya cuba meminta bantuan kewangan dari pihak berkuasa untuk menanggung kerugian itu, tetapi pihak berkuasa pula menyatakan mereka perlu menentukan punca sebenar kematian haiwan ternakan itu.
"Sejujurnya, ini adalah kes pertama kali berlaku. Kami belum pernah dengar yang ribut petir mampu membunuh begitu banyak biri-biri. Sudah tentu pejabat Datuk Bandar akan beri bantuan. Tetapi pemiliknya perlu mencari punca sebenar kematian haiwan tersebut," kata Alexander Mikeladze, Timbalan Datuk Bandar Ninotsminda.
12 Ogos 2021, sebanyak 550 bangkai biri-biri dibakar di lokasi kerana tiada kemudahan yang dapat digunakan untuk membawa turun bangkai haiwan ternakan itu. Tidak dapat dipastikan sama ada pemiliknya diberikan pampasan.
Kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2016 di Norway, ketika sekumpulan kira-kira 300 ekor rusa ditemui mati di kawasan terpencil di Hardanangervidda.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/3zgiLob
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment