Home » , » Remaja guna forklift pecah masuk pasar raya di Kompleks Tok Arau, rembat 30 handphone

Remaja guna forklift pecah masuk pasar raya di Kompleks Tok Arau, rembat 30 handphone

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments


Gara-gara mencuri 30 telefon bimbit, seorang remaja lelaki diheret ke Mahkamah Majistret Kangar atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya di Arau pada 4 Ogos 2021 menggunakan jentera pengangkut barang atau forklift.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 14 tahun itu masih kental mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain. 


Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa memecah masuk ke dalam bangunan yang dimiliki oleh Aw Yen Hwa yang digunakan untuk menyimpan harta di sebuah pasar raya di Kompleks Tok Arau. Tertuduh mencuri 30 telefon bimbit milik dua peniaga kedai telefon bimbit dan aksesori, Gan Kim Ling dan Lee Khang Lin, antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau sebatan jika melakukan kesalahan itu untuk kali kedua. 


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Ti Tying, manakala tertuduh diwakili peguam, Najdah Muhamad Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). 


Peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan anak guamnya kerana mengambil kira ibu bapa tertuduh sudah bercerai dan tinggal bersama dengan ibunya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Selain itu, tertuduh merupakan anak bongsu daripada empat beradik tidak bersekolah. 


Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 September 2021. Ibu tertuduh memilih untuk membayar wang jaminan tersebut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2W5KKJe
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger