Dalam satu kes pelik di Bangkok, Thailand, seorang lelaki berusia 38 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya tersangkut pada kunci mangga.
Mangsa terdahulu menyembunyikan kesakitannya itu selama dua minggu. Namun disebabkan tidak mampu lagi menahan kesakitan itu, dia memaklumkan kepada ibunya mengenai masalah yang dihadapi itu yang kemudian terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, sebaik saja tiba di hospital doktor memaklumkan mangsa sudah terlambat dan kemaluannya mengalami kecacatan buat selama-lamanya.
Difahamkan, mangsa yang tidak didedahkan identiti itu masih bujang dan tinggal bersama dengan ibunya. Menurut ibunya, anak lelakinya itu kecewa dengan statusnya yang masih bujang dan menggunakan kunci mangga untuk 'menggosok' kemaluannya.
"Dia beritahu saya yang dia berbuat demikian kerana bosan dan suka letak kemaluannya pada lubang kecil. Saya sangat marah pada dia yang membuatkan rasa rasa malu dengan apa yang berlaku. Saya dah beritahu dia jangan buat seperti itu lagi," katanya.
Sebenarnya, itu bukan kali pertama mangsa melakukan perbuatan seperti itu. Tetapi kali ini perbuatannya mengundang kesakitan apabila kunci mangga tersebut tersekat di sekala yang tidak dinyatakan. Bertambah malang, apabila kunci mangga tersebut hilang. Hal itu menyebabkan dia malu untuk memberitahu kepada sesiapa menyebabkan kemaluannya mengalami jangkitan setelah berada dalam keadaan itu selama dua minggu.
Menurut sumber hospital, para doktor terpaksa memotong kunci mangga itu menggunakan pemotong elektrik untuk membebaskan kemaluan lelaki itu dari penderitaan yang tidak terkata, dalam pembedahan yang mengambil masa selama 30 minit.
Semasa pembedahan dilakukan, doktor terpaksa memasukkan kepingan besi nipis di antara kemaluan pesakit dengan kunci mangga bagi mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak diingini, selain menggunakan pelincir bagi memudahkan proses memotong kunci mangga itu.
Walau bagaimanapun, organ pesakit mengalami kecederaan teruk dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal dan tidak akan berfungsi sepanjang hayat.
"Jika kunci mangga itu tidak dikeluarkan, jangkitan akan berlaku dan keadaan organnya akan menjadi lebih teruk di mana ia akan mereput dan mengalami gangrene," kata doktor.
Mangsa masih dirawat kerana kemaluannya masih mengalami jangkitan. Doktor memaklumkan, pesakit masih berada dalam kesakitan dan diberi rawatan susulan yang akan menghilangkan rasa sakit secara beransur-ansur.
Sumber: News 18
from The Reporter https://ift.tt/3yOQZ1V
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment