Pasar Malam bakal diwartakan sebagaikan zon larangan merokok

shamsulazlan | 18:35 | 0 comments

Kementerian Kesihatan sedia mempertimbangkan cadangan pelbagai pihak supaya menguatkuasakan zon larangan merokok di kawasan pasar malam tetapi  adalah sukar menguatkuasakannya dari segi undang-undang, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

"Ini disebabkan di kawasan (pasar malam) tidak ada 'sempadan sah di sisi undang-undang’ berbanding di premis makanan, bangunan kerajaan atau di IPT (institusi pengajian tinggi) yang mempunyai 'sempadan' yang jelas.

Sebagai contoh, apabila kita kuat kuasakan undang-undang (larangan merokok) di pasar malam tetapi mereka cabar kata ini bukan pasar malam, ini depan rumah mereka, jadi ada kesukaran untuk kita melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Tahunan Saintifik Persatuan Onkologi Malaysia ke-31 di sini, hari ini.

Dr Lee berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai yang meminta kerajaan mewartakan tempat larangan merokok di kawasan pasar malam.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan semua premis makanan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa 1 Jan lepas dan tindakan undang-undang akan dikuatkuasakan serta merta pada 1 Jan tahun depan.

Mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/328pLCm
via IFTTT

'Melampau sangat dah ni...'

shamsulazlan | 06:35 | 0 comments

Tidak berpuas hati aktiviti basikal lajak diharamkan, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun memuat naik kenyataan menghina pihak berkuasa di WhatsApp storynya baru-baru ini. 

Remaja terbabit yang hanya dikenali sebagai Taa berasal dari Johor Bahru juga mendakwa pemandu yang terlibat dalam kes melanggar 8 remaja berbasikal lajak sehingga maut pada 18 Februari 2017 dibebaskan kerana telah 'dibayar' 

"Perempuan yang langgar budak lajak tu korang bebaskan sebab duit. Duit tu pun haram. Pastu nak haramkan basikal lajak. B*t* korang la s*al." tulisnya. 

Sedangkan mahkamah sebelum ini menjelaskan pemandu terbabit tidak bersalah kerana pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. Malah, faktor yang mencipta kecederaan bukannya disebabkan cara pemanduan, sebaliknya keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri. 

Remaja itu menegaskan, aktiviti basikal lajak tidak akan pupus dan kini rakan-rakannya di Johor Bahru hanya menunggu masa untuk kembali ke jalan raya. 

"Lajak takkan pupus. Sekarang budak JB tunggu jalan clear je. Bila-bila masa ja JB boleh comeback," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2Nx00Xa
via IFTTT

Isteri diceraikan dengan talak tiga kerana gigi rongak

shamsulazlan | 06:19 | 0 comments

Seorang wanita diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya atas alasan giginya tidak sempurna, rongak.

Rukhsana Begum berkata, suaminya, Mustafa dan mertuanya kerap meminta dia menambah wang hantaran. Rukhsana dan Mustafa berkahwin pada 27 Jun lalu. 

"Sejak dari awal perkahwinan lagi, keluarga mentua meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya tunaikan saja permintaan mereka. 

"Selepas berkahwin, keluarga mentua meminta saya membawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah, Mustafa juga merembat motosikal adik saya. 

"Mereka juga mendera saya dengan kerap dan akhirnya Mustafa berkata dia tidak lagi suka pada saya kerana gigi saya rongak. Dia juga tidak mahu tinggal bersama saya lagi. Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 hingga 15 hari," katanya. 

Tidak berapa lama kemudian, Rukhsana jatuh sakit dan dihantar ke rumah ibu bapanya. 

"Saya failkan aduan di balai polis terhadap suami dan keluarga mentua. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkompromi dan mengambil saya pulang semula.

"Namun pada 1 Oktober, Mustafa datang dan memaklumkan dia tidak akan membawa saya pulang bersamanya. Dia menghina ibu bapa saya dan melafazkan talak tiga terhadap saya," katanya. 

Rukhsana pada 12 Oktober cuba menghubungi Mustafa di mana lelaki itu sekali lagi melafazkan cerai talak tiga terhadapnya melalui telefon. 

"26 Oktober saya buat laporan polis terhadap suami dan keluarga mentua yang menceraikan saya dengan talak tiga serta meminta wang hantaran tambahan. 

"Polis telah membuka kertas siasatan terhadap mereka. Saya hanya mahu menuntut keadilan," katanya. 

Sumber: NDTV


from The Reporter https://ift.tt/2oATmqf
via IFTTT

'Semoga kelak kita bisa bertemu di syurgaNya' - Pengantin perempuan meninggal dunia akibat keletihan

shamsulazlan | 05:40 | 0 comments

Seorang wanita yang baru seminggu mendirikan rumah tangga meninggal dunia ketika sedang bersanding.

Ardiwansyah Tato dan Nurmadina bernikah pada 17 Oktober lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Kampung Kayuangin, Sulawesi Barat, Indonesia.

Namun, ketika pasangan itu sedang bersanding dalam majlis resepsi, Nurmadina yang memakai busana berwarna merah secara tiba-tiba pengsan membuatkan ahli keluarga dan tetamu panik. 



Difahamkan, Nurmadina pengsan akibat keletihan ekoran terlalu sibuk menguruskan majlis pernikahannya. 

Mangsa dibawa ke hospital dan koma selama seminggu sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober lalu. 

Menurut laporan perubatan, tahap kesihatan Nurmadina tidak stabil dan kerap jatuh sakit. 

Berita mengenai Nurmadina turut tersebar di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pasangan itu. 


Ketika dikebumikan, ramai ahli keluarga dan kenalan rapat datang dan suasana di majlis pengebumian itu penuh sayu dan pilu, terutamanya Ardiwansyah Tato yang sangat terasa akan kehilangan Nurmadina yang baru saja sah menjadi isterinya. 




"Sesaat namun begitu indah. Selamat jalan istriku tercinta. Semoga kelak nanti kita bisa bertemu di syurgaNya." tulis Ardiwansyah Tato di Facebook. 



from The Reporter https://ift.tt/2N7fwdc
via IFTTT

'Dah langgar orang, buat pula laporan palsu'

shamsulazlan | 02:35 | 0 comments

10 Oktober lalu, seorang wanita yang sedang berjalan di kawasan tempat kereta di sebuah pangsapuri dilanggar kereta.

Mangsa yang tidak sempat mengelak, dilanggar sehingga tercampak dan terjatuh ke lantai. Lebih teruk lagi, pemandu terbabit tidak memohon maaf di atas kecuaiannya itu. 

Menurut laporan World of Buzz, pemandu itu juga memarahi mangsa yang menegaskan dia tidak sepatutnya berjalan di situ. 


Ketika membuat laporan polis, pemandu itu mendakwa dia ada bertanya kepada mangsa sama ada dia perlu pergi ke hospital, tetapi mangsa tidak mahu menjawab dan menjerit memanggil pasangannya datang ke tempat kejadian. 

Dalam laporan polis tersebut, pemandu itu yang juga merupakan peguam cuba memutar-belitkan kejadian sebenar agar dia dilihat tidak bersalah, sedangkan dia bertanggungjawab di atas kemalangan itu. 



Mujur kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan video bukti itu dapat digunakan untuk menyangkal dakwaan tidak berasas pemandu terbabit yang cuba melepaskan diri dari dikenakan tindakan. 

Menurut individu yang mendedahkan kejadian itu, Eunice Khoo, berkata, pemandu dan pasangannya langsung tidak menunjukkan kebimbangan terhadap mangsa ketika kejadian itu berlaku yang boleh dilihat pada kelakuan mereka di mana: 
  1. Mereka berdiri tiga langkah dari mangsa
  2. Pasangan pemandu meletak tangan di punggung menunjukkan tanda kurang senang dengan situasi itu
  3. Pemandu itu mendakwa mangsa tidak mengendahkannya dan menjerit memanggil pasangannya datang ke tempat kejadian. Tetapi dalam video, pasangan mangsa sudah berada di tempat kejadian ketika suspek sudah keluar dari kereta.


Pemandu itu juga mendakwa dia memandu dengan cermat dan mangsa muncul secara tiba-tiba. Tetapi berdasarkan video :
  1. Mangsa sudah separuh jalan ketika melintas sebelum kereta itu muncul.
  2. Pemandu itu tidak menunjukkan tanda untuk memperlahankan kenderaannya kerana lampu brek hanya menyala selepas dia melanggar mangsa. 
  3. Pemandu itu memandu melebihi had laju di mana had laju di kawasan tempat letak kereta adalah 15 km/j.
  4. Walaupun pemandu itu memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan melanggar mangsa, mangsa tidak mungkin akan terpelanting jauh seperti dalam video tersebut. 

Pemandu itu juga tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dalam tempoh 24 jam. Dia hanya membuat laporan selepas tiga hari dari kejadian itu. Malah menegaskan dia tidak akan membayar pampasan terhadap mangsa. 

Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di bangunan yang sama. 



from The Reporter https://ift.tt/2NIcVpp
via IFTTT

'Staff call ketua kampung, maklumkan kakak saya hamil anak luar nikah' - Keluarga terpaksa tanggung malu, walhal anak mereka mangsa rogol

shamsulazlan | 01:35 | 0 comments

Sedaya upaya keluarga cuba menyembunyikan tragedi hitam yang menimpa anak perempuan mereka dari pengetahuan umum. Namun hanya disebabkan tindakan tidak profesional seorang kakitangan klinik ini, habis segalanya terbongkar. Malah, turut menjejaskan imej kakitangan lain.

Bagaimanapun, perkongsian oleh aktivis sosial ini hanya sekadar untuk berkongsi pengajaran. Jangan kerana disebabkan seorang kakitangan buat silap, habis semua kakitangan dilabelkan sama. 

*Dalam perkongsian ini, tidak dinyatakan jawatan kakitangan terbabit.

AMPUN maaf atas perkongsian ini. Tetapi ini merupakan perkongsian yang boleh kita sama-sama ambil iktibar. 

"Hi Syed. Cuma nak share pengalaman tentang staff klinik yang tidak sensitif untuk menutup aib mangsa rogol. You can share it. 

"Kakak saya dirogol dan hamil. Kami sekeluarga sedaya upaya menyorokkan perihal kehamilan kakak dari orang ramai kerana ingin menjaga aib kakak. Kakak tidak bersalah. 

"Malangnya, pada hari kakak melahirkan bayinya, seorang staff klinik telah menelefon rumah ketua kampung kami memaklumkan kakak saya melahirkan bayi luar nikah. Walhal kakak cumalah mangsa rogol. 

"Kami sekeluarga menanggung malu di atas perbuatan staff klinik berkenaan dan diumpat masyarakat kampung. Kami merasa sangat kecewa dengan tindakan staff klinik berkenaan. 

"Memandangkan tiada keperluan untuk DIA maklumkan hal demikian kepada ketua kampung. Kami sekeluarga maklum tentang kehamilan kakak dan tidak pernah meminggirkan kakak. Jadi, kami tak nampak mana rasionalnya untuk staff berkenaan hubungi ketua kampung. 

"Saya mohon perkara sebegini tidak terjadi pada orang lain. Jika kita menutup aib saudara kita, Allah turut menutup aib kita. Wallahu'alam'. 

"Saya pasti ia bukan salah polisi hospital tetapi staff yang tidak beretika. Harapan kita, tiada lagi insan sebegitu di keliling kita. By the way, mak saya nurse PPPUM dulu." 



from The Reporter https://ift.tt/2N4wclr
via IFTTT

(Video) 'Laa.. takkan pakat duk tengok ja? Tolonglah dia!' - Netizen

shamsulazlan | 01:04 | 0 comments

Viral di media sosial klip video yang mendakwa seorang kanak-kanak lelaki diserang seekor anjing jalanan sehingga tidak dapat melarikan diri. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi baru-baru ini dan video menunjukkan mangsa duduk di tengah jalan sambil dikawal oleh anjing itu. 


Bagaimanapun, timbul persoalan netizen mengapa tiada seorang pun yang membantu mangsa. Sebaliknya orang awam yang ada hanya sekadar memerhati dan merakam video tersebut. 

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan kesahihan dakwaan itu kerana sekiranya benar anjing itu menggigit mangsa, sudah tentu mangsa menangis dan tiada kesempatan untuk menguis-guis jalan seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut. 


Sumber: Bomoh Online


from The Reporter https://ift.tt/2N3davZ
via IFTTT
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger