10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan dirempuh treler dari belakang

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments
10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler. Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba...

Bapa langgar bayi sendiri sampai cedera, tapi tipu pihak hospital kononnya anak ditendang lembu

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments
Percubaan seorang buruh binaan warga Myanmar menipu pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kononnya bayi perempuannya berusia setahun cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu, gagal selepas 'kantoi' ketika memberi keterangan kepada pihak polis.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa dibawa ke HSB oleh bapanya berusia 27 tahun itu pada jam 10.56 malam dan memaklumkan kepada petugas HSB anaknya...

(Video) 'Kau tak puas hati? Buka topi kau, kita dua (bertumbuk)!!' - Peniaga + pekerja restoran marah Rider FoodPanda sebab lepak + tak check nombor order tetapi...

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Tular di media sosial pertengkaran di antara pengusaha restoran di Setia Alam dengan penghantar makanan Food Panda yang dikatakan berpunca dari teguran peniaga berkenaan. Video berdurasi dua minit menunjukkan salah seorang pekerja restoran yang terpaling gigih berdepan dengan penghantar makanan, sekali sekala mempertahankan majikannya.  Berdasarkan video, pihak peniaga menegaskan mereka hanya meminta penghantar makanan itu memeriksa nombor...

'Teringin nak ke Legoland sebelum akhir hayat saya' - Budak hidap penyakit jantung terbalik, sering sesak nafas & keletihan

shamsulazlan | 17:22 | 0 comments
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Adam Amsyar, disahkan menghidap penyakit jantung terbalik (Mitral Valve Atresia) menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan.  Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun dan pakar menjangkakan hayatnya tidak panjang. Penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit (termasuk Mohd Adam Amsyar)...

'Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau' - Long Tiger sembang kari, peguam syak dia lari kerana terima ancaman bunuh dalam penjara

shamsulazlan | 17:22 | 0 comments
Suatu ketika dulu, Long Tiger pernah berkata, "Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau". Perkembangan terkini kes individu dikehendaki, Long Tiger, lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru pada Rabu lalu, Polis Kedah telah mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia Thailand dengan menutup laluan sempadan negara. Semua anggota Polis Kedah telah dikerah untuk mengesan dan memburu Long Tiger atau nama sebenar, Ab...

'Jika betul itu muntah paus dengan berat 5 kilogram, ia dianggarkan bernilai RM500,000' - Prof UMT

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari memaklumkan, sekiranya muntah paus seberat lima kilogram yang ditemui seorang wanita baru-baru ini merupakan muntah puas yang tulen, ia bernilai kira-kira RM500,000.  Bagaimanapun, bagi memastikan objek itu tulen atau sebaliknya, pihaknya perlu melakukan kajian terperinci. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu sampel...

(Video) 'Tidur! Aku tibai kaki tu nanti!' - Bapa pukul bayi guna penyapu lidi sebab enggan tidur

shamsulazlan | 08:23 | 0 comments
Tular di media sosial video eorang lelaki tidak memakai baju memukul bayi perempuan menggunakan penyapu lidi hanya kerana mangsa enggan tidur.  Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan lelaki berkenaan duduk memerhatikan mangsa sambil merokok, memaksa bayi yang dipercayai anaknya untuk tidur. Namun mangsa yang masih belum mengantuk, tidak dapat melelapkan mata dan mahu berjaga.  Hal itu membuatkan bapanya berasa bengang lalu...

Penjawat awam kantoi berniaga tanpa kebenaran, dikenakan hukuman denda RM8,000

shamsulazlan | 06:23 | 0 comments
Seorang penjawat awam wanita yang terbabit dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis kerana berniaga tanpa kebenaran Ketua Jabatan.  Tertuduh, Suzana Murni Mansor, 53, dikenakan hukuman denda itu selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.  Tertuduh yang diperintah membayar denda tersebut boleh dikenakan hukuman...

1.3 juta penjawat awam terima bonus Januari depan yang melibatkan peruntukkan RM1.3 bilion

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments
1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara akan menerima bayaran bantuan khas kewangan yang akan dibayar bersama dengan gaji bulan Januari depan, melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion.  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman berkata, pihaknya telah menerima surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan kelmarin.  Dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu, kerajaan mengumumkan...

Kantoi curang, isteri terkejut tengok gambar perempuan lain pandu kereta BMW suami dalam surat saman AES

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Kita biasa mendengar peribahasa "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya", begitu juga dengan jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES.  AES atau Automated Enforcement System (Perangkap Had Laju) adalah salah satu kaedah penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan mampu merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan seterusnya saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan.  Di...

'Tak sempat nak bermanja...' - Pengantin baru ditahan polis, disyaki terbabit dalam samun bersenjata

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata.  Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah Kemaman pada jam 12 tengah hari sebaik saja selesai akad nikah pada Isnin, 13 Disember 2021.  Siasatan awal mendapati, suspek...

Cuba lari & rempuh anggota polis, pemandu maut ditembak

shamsulazlan | 17:22 | 0 comments
Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti...

4 anggota polis didakwa cuai, punca Long Tiger bolos dari lokap

shamsulazlan | 16:22 | 0 comments
Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas dari tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi tadi. Katanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, memakai kemeja-T pagoda...

(Video) 'Benda camni boleh buat aku menangis, ya Allah' - Netizen menangis tengok kebaikan pasangan ini bantu 2 lelaki buta

shamsulazlan | 05:22 | 0 comments
Berbuat baik adalah tuntutan agama, yang akan memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Berbuat baik kepada semua orang akan memberikan impak positif dan kesan yang baik.  Apabila kita terdorong untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja Allah menolong mempermudahkan urusan kita, tetapi menjentik hati dan emosi sesiapa yang melihatnya.  Seperti video tular yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @HarisKacho, bagaimana dia membantu...

Budak perempuan diculik selepas keluar berjalan ke rumah anak jiran, 200 meter dari rumahnya

shamsulazlan | 04:22 | 0 comments
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor Bahru, petang semalam.  Mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat oleh orang awam di belakang barisan rumah kedai, tidak jauh dari rumahnya selepas dilaporkan hilang selama enam jam.  Bapa mangsa, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, kebiasaannya...

Jangan teruja sangat jumpa muntah ikan paus konon boleh jadi kaya + tetiba mengaku sedara ekspress

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata. Ini kerana, tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi 'jutawan segera' atau mendapat wang yang banyak setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini. Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti...

Kerajaan tak patut benarkan rakyat keluarkan wang simpanan KWSP, elak jadi miskin di hari tua

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi. Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran...

Caj RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan semula mulai Februari 2022?

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Awal pandemik Covid-19  tahun lalu, kerajaan pada 6 April 2020 (Isnin) telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelakkan berlaku kesesakan apabila mengeluarkan wang.  Ini berikutan kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang meningkat secara mendadak pada ketika itu.  Menurut Menteri Kanan Keselamatan...

(Video) 'Bangang apa laki camni sampai anak menangis?!' - Suami pecahkan cermin kereta isteri, enggan peduli serpihan kaca terkena pada anak

shamsulazlan | 06:22 | 0 comments
Tular di media sosial tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta isterinya dengan kasar walaupun tahu anak mereka berada di tempat duduk penumpang hadapan.  Tindakan kasar lelaki itu mengundang kemarahan netizen kerana bukan sahaja bertindak di luar batasan, malah sanggup mengabaikan keselamatan anak sendiri.  Tidak diketahui punca sebenar kejadian, tetapi pengadu yang dikenali sebagai Amira Nabila menjelaskan, dia dan suami...

'Kau dah kenapa sumbat 'burung' dalam tu?!' - Kemaluan lelaki tersekat selepas tergoda dengan soket paip PVC

shamsulazlan | 03:22 | 0 comments
Entah apa motifnya, namun perbuatan lelaki berusia 43 tahun ini menyumbat kemaluannya dalam soket paip PVC mengundang padah apabila dia terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas gagal mengeluarkan kemaluannya itu. Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan itu terpaksa pergi ke Hospital Lawas untuk meminta bantuan. Pihak hospital bagaimanapun menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lawas) kira-kira jam 7 pagi untuk meminta bantuan...

Berang ditegur tonton video lucah punca suspek pukul mangsa, 10 pelajar terbabit dalam kes buli dibuang MRSM serta-merta

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini mendedahkan, siasatan pihaknya mendapati kes buli yang berlaku di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar baru-baru ini adalah berpunca dari tindakan mangsa menasihati salah seorang suspek berhenti menonton video lucah.  Hasil siasatan itu katanya diperolehi daripada mangsa buli yang menjelaskan dia sebelum itu menegur salah seorang suspek untuk tidak meneruskan...

(Video) 'Kita semua sama, hanya berbeza status' - Anggota polis kongsi makanan dengan banduan dipuji netizen

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Tular di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang anggota polis yang baik hati berkongsi makanannya dengan banduan di penjara, ketika makan berdekatan dengan sel tahanan.  Video itu dikongsikan pengguna TikTok @PakPol39 atau nama sebenarnya Ismail Syarifudin yang juga dikatakan selalu berkongsi video rutin hariannya menjaga banduan.  Dalam video tular itu, Ismail sedang menikmati makanannya sambil duduk di kerusi berdekatan...

'Bila dibakar, objek itu meleleh & keluar bau wangi' - Wanita temui sisa muntah ikan paus, bakal jadi jutawan

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Awalnya objek yang ditemui disangka sampah, sehinggalah dimaklumkan objek tersebut berkemungkinan besar adalah sisa muntah ikan paus, mendorong wanita berusia 41 tahun ini mahu menjalankan ujian terhadap objek tersebut bagi memastikan ketulenannya.  Aida Zurina Long berkata, objek ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus itu ditemui ketika sedang memancing bersama keluarganya berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)...
Pages (17)1234567 Next
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger