Home » , » (Video) 'Motor tu la punca kemalangan' - Viva melambung gara-gara cuba elak motosikal buat U-Turn secara tiba-tiba

(Video) 'Motor tu la punca kemalangan' - Viva melambung gara-gara cuba elak motosikal buat U-Turn secara tiba-tiba

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments


Viral di media sosial video kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang hilang kawalan selepas cuba mengelak motosikal yang membuat pusingan U secara tiba-tiba. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 11 Mei 2021, lebih kurang jam 6 petang di Bukit Kerdas, Negeri Sembilan, sempat dirakam dashcam pengguna jalan raya lain di laluan bertentangan.


Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, kelihatan sebuah motosikal berada di tepi jalan sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba tanpa menoleh keadaan jalan di belakangnya terlebih dahulu. 


Tindakan penunggang motosikal itu menyebabkan kereta Viva cuba mengelaknya dengan membelok ke sebelah kiri dan malangnya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum menghentam pokok di bahu jalan lalu melambung tinggi ke udara. 


Pada saat kereta itu menghentam pokok, bahagian enjin Viva meletup sehingga mengeluarkan api dan serpihan keretanya terkena pada kereta saksi. 



Berdasarkan perkongsian netizen, seorang lelaki warga emas yang juga Imam surau di sebuah kampung di Batu Kikir, maut dalam kemalangan itu. 


Tidak diketahui sama ada mangsa memandu bersendirian atau bersama penumpang lain. Di media sosial, netizen mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 



Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu/menunggang di jalan raya dan patuhi peraturan jalan raya agar tidak menjadi punca kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang tersayang.


Sumber: Facebook Tragedi Apa Hari Ini



from The Reporter https://ift.tt/3y7kNa2
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger