Home » , » Neelofa & Haris mengaku tidak bersalah langgar SOP ketika membeli karpet RM10,000

Neelofa & Haris mengaku tidak bersalah langgar SOP ketika membeli karpet RM10,000

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Merentas negeri semata-mata untuk membeli karpet, pasangan selebriti Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban pada hari ini kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pasangan itu didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan). 


Neelofa didakwa atas satu pertuduhan kerana gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk 'check in' atau menulis secara manual, manakala Haris pula berdepan dengan dua pertuduhan kerana gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.


Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 


Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, pasangan itu memilih untuk membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan. Mereka dibenarkan diikat jamin RM5,000 dan RM10,000 setiap seorang sementara menunggu sebutan semula kes bulan depan. 


Sementara itu, satu petisyen telah diwujudkan oleh netizen untuk mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas (kenakan hukuman penjara) terhadap Neelofa yang acap kali melanggar SOP.


Setakat ini, 17,343 individu telah menandatangani petisyen berkenaan dan akan tersebut akan bertambah dengan pantas dari masa ke semasa. 



"Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami mendesak kerajaan Malaysia dan PDRM untuk segera penjarakan Neelofa tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada kerajaan untuk tidak mengamalkan undang-undang double standard kepada VVIP dan orang kenamaan," kata individu yang memulakan petisyen tersebut. 


Sumber: Harian Metro, Change



from The Reporter https://ift.tt/3v5zB79
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger