Susulan viral video kanak-kanak disuap dengan vape oleh ibunya, bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Syamin Aizat, tampil memohon maaf dan meminta netizen berhenti mengecam isterinya.
Syamin mengakui kesilapannya dalam mendidik anak tetapi menafikan dia mendera atau memaksa anaknya menghisap rokok elektronik tersebut.
"Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidik anak. Saya bukan memaksa atau menderanya. Saya cuma bergurau.
"Kalau yang mana dah follow (media sosial) wife saya, mesti tahu cara Anaqi macam mana. Dia agak lasak dan ganas. Suka bermain benda yang bukan mainan dia atau budka-budak. Kalau dia nakkan sesuatu, mesti dia nak juga.
"Apa pun saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya daan terima ksih sangat-sangat kerana mengambil berat atas Amsyar. Dan saya pun memaafkan semua yang mana tidak tahu cerita (sebenar)," katanya.
Syamin sekali lagi meminta orang ramai berhenti mengecam isterinya, sebaliknya biarlah dia menanggung semua kecaman itu berbanding isterinya yang tidak cukup kuat untuk menerima kecaman yang dihadapi mereka pada waktu ini.
"Tolong habiskan kat sini, tak perlu libatkan wife saya. Saya boleh terima semua maki hamun tetapi perempuan? Saya tak rasa dia kuat nak terima maki hamun semua ini. Perempuan boleh jadi lain bila terlampau penat, stress. Lagi-lagi hal seperti ini.
"Saya harap jangan melibatkan dia sebab saya buka nbberada di rumah untuk memantau bagi dia tenang," katanya.
Sumber: Facebook Syamin Aizat
from The Reporter https://ift.tt/2PKBIhm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment