Home » , » (Video) 'Waaa! Banyak syok aa bro?!' - Polis cari M Thiruvarasu kerana buat aksi sarkis di Jalan Kuching

(Video) 'Waaa! Banyak syok aa bro?!' - Polis cari M Thiruvarasu kerana buat aksi sarkis di Jalan Kuching

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments


"Steady bossku, siap minum air lagi," demikian kata individu dalam video viral yang menunjukkan seorang penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. 

Video berdurasi 1 minit 27 saat menunjukkan, lelaki terbabit meletakkan kedua-dua belah kakinya di bahagian handle motosikal, sementara tangannya memegang sebungkus teh ais. 

Meskipun menyedari perbuatannya itu dirakam orang awam, dia tak peduli dan meneruskan aksi berbahaya itu. 

Susulan viral video itu, polis kini sedang mengesan lelaki terbabit dan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana menunggang secara berbahaya. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama lelaki yang dipercayai bapanya. 

Motosikal itu dirampas, tetapi lelaki terbabit yang dikenali sebagai M Thiruvarasu, 36, dari Selayang tiada di rumah. 

Polis kini sedang giat mengesan M Thiruvarasu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3kiPMsf
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger