Home » , » Pemandu Honda City JRF 5712 serah diri

Pemandu Honda City JRF 5712 serah diri

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments
Pemandu Honda City JRF 5712 yang menghempas seekor kucing dengan zalimnya dalam video viral di media sosial telah menyerah diri di balai. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, lelaki itu datang ke Balai Polis Setapak pada jam 11.30 pagi Selasa (22/9/2020). 

Semakan awal polis mendapati, saspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini dalam proses memberi keterangan lanjut mengenai kejadian itu kepada pegawai penyiasat kes. 

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013). 

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. 

Dalam masa yang sama, polis juga meminta orang awam tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan ketenteraman awam. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2FQmHpl
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger