Home » , » 'Menantu tak guna, kaulah punca anak aku tak nak bagi duit!' - Isteri buntu, mertua kerap minta duit meskipun tahu suami banyak tanggungan

'Menantu tak guna, kaulah punca anak aku tak nak bagi duit!' - Isteri buntu, mertua kerap minta duit meskipun tahu suami banyak tanggungan

shamsulazlan | 19:24 | 0 comments


Kisah realiti alam rumah tangga. Ada yang baik, tidak kurang juga yang buruk. Yang mana dapat dinasihatkan, bantulah mereka dengan memberi pandangan anda. Yang mana buruk, kita perbaiki dan jadikan sebagai pengajaran di kemudian hari agar tidak melakukan kesilapan yang sama. 

AKU ada masalah dengan mertua aku. Dia minta duit dari suami aku RM200. Tetapi suami kerja gajinya tak sampai RM2,000. Plus, dia ada tanggungjawab rumah, kereta, motosikal dan hutang sampingan. 

Kitorang dah ada dua cahaya mata. Seorang berusia empat bulan dan seorang lagi berusia satu tahun dua bulan. Kedua-duanya masih minum susu botol dan pakai pampers. 

Mak mertua aku tak fikir ke semua tu? Sedangkan aku, suami cuma bagi nafkah RM50 sahaja. Kadang bagi, kadang tidak. Tetapi aku tak pernah minta. Cukup suami sediakan tempat tinggal, pakai dan minum. 

Suami sendiri kadang-kadang pergi kerja tak bawa duit. Tunggu balik rumah baru makan. Tetapi mertua masih nak duit. 

Dulu suami dahulukan bagi duit pada mertua sebab dulu dia ada lebih gaji dan anak pun belum ada lagi. Bolehlah bagi mak dia setiap bulan. Tetapi sekarang, suami jarang bagi duit. Tetapi bila mertua minta duit, kami sekeluarga cuba hulurkan duit sikit RM100-RM200. 

Selepas dua bulan, suami tak bagi duit sebab ada hutang loan, terus kena sindir. Dengan cucu dia sendiri pun dia hina. Senang cakap, kami sekeluarga kena sindir sampai tak bercakap. 

Anak saya nak pergi bermain dengan mertua, mertua tolak anak saya min. Sedihnya. Sebab duit diorang buat macam ni. Diorang tak faham keadaan suami yang ada hutang dan tanggungjawab. Suami pun tak pernah beli apa-apa untuk diri dia sendiri. 

Korang boleh fikir tak macam mana? 

Mertua sempat lagi menyumpah, "Tak berkat dan takkan berjaya hidup keluarga kau". 

Sedangkan saya ada anak, macam mana hidup anak saya? Sampainya hati diorang. Allahuakbar. 

Saya terkilan, mertua buat saya begini seperti saya tak pernah menolongnya selama ini. Mertua saya tak kenang jasa kami sekeluarga. 

Ya Allah, down sangat-sangat sekarang ni. Kenapa diorang sanggup buat begini? Dan sekarang diorang cakap akulah punca suami tak dapat beri duit kepada diorang. 

Mana pergi hati seorang wanita yang juga ibu? Dan sekarang memang betul duit segalanya untuk awak mak. Terima kasih banyak-banyak mak. Saya hanyalah surirumah tangga. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga



from The Reporter https://ift.tt/2ZL3BYk
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger